Sunday, April 20, 2014

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi saw suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi saw bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi saw selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
----------------------------------------------------------------------------------------

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa:
 "Diantara banyak-banyak jenis minuman, 
Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"
 Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, 
campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar 
dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air.
    Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman     seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja     berat .
---------------------------------------------------------------------------------------------------


*Ganjaran Allah swt untuk orang 
yang mengamalkan sunnah sangat besar. 
Satu sunnah yang diamalkan berterusan 
akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,
 sedangkan satu pahala mati syahid 
sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.


Saturday, April 19, 2014

R.I.N.D.U

---------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------

bohong la kalau hati tak bergetar pilu hiba 
bila "jejaki" balik gambar-gambar zaman bergelar budak fashion
tipu sangat kalau cakap takde langsung perasaan bertanda dekat diorang..
"sekeras-keras" aku pun , dalaman aku masih lembut 
masih bisa untuk mengalunkan irama sayu...

mata aku masih utuh untuk mengalirkan sungai 
walaupun Malaysia sekarang kegersangan hujan
mengenali kalian walaupun seketika cuma
tapi cukup berkesan nilai sentimentalnya..
di telinga , masih terngiang-ngiang suara hilaian tawa..
pekik-lolongan merelease tension dikala hujan assignment mencurah-curah turun
suara-suara merdu-sumbang mambang mendendangkan irama muzik 
dikala masing-masing stress dengan final portfolio..

rindu...sumpah tak tipu..!!!
deringan "loceng" menandakan mesez masuk saban hari kunjung tiba
masing-masing menzahirkan rasa rindu terbuku..
dan aku hanya tersenyum beku bila membaca coretan masing-masing...

walaupun kita berlainan batch ,
yang selalu jadi biskut chipmore tak bergaji..
tapi korang layan aku macam kita kenal sejak zaman mula-mula masuk uni...
terima kasih kerna layan aku dengan baik..
teman pemberi dorongan antara sedar dan tak sedar..
walaupun kebluran aku "memusingkan" kepala
 tapi korang still layan aku dengan elok..

tiada lagi kedengaran
"kenapa dengan mesin jahit ni..asyik putus-putus je bila aku jahit ? "
"nok , ada peniti tak ? nak sikit "
"ada french curse tak ? nak pinjam"
dan bermacam "itu-ini" kisah seribu satu budak fashion di studio A...
bibir hanya mampu tersenyum bahagia..
mengenali kalian amat berkesan..
kisah stay-up dekat studio..kantoi dengan pak guard seawal 4 pagi..
aku yang tak bawak matrix card tapi boleh pulak pergi sound pak guard...
seriously  , kenal korang banyak benda yang tak pernah aku buat
 tapi bila kenal korang "benda itu dan ini" aku boleh buat...
*buat jenayah tak hengat..!!!(hehehehe)
--------------------------------------------------------------------------------
*korang walaupun sedetik cuma aku mengenali kalian
gurau senda - usik-mengusik diantara kita masih kekal terpahat dikotak hati..
nilai sentimental yang terjalin antara kita insyaAllah 
selagi diizinkan Tuhan , aku akan tetap mengingati kalian..
salam rindu untuk korang..
#hyperactive #sporting #daring #funny #fashionista #triobuncho #team designer to be
 --------------------------------------------------------------------------------------
~ hati seorang aku : mengingati AD1165A(CHETOM) ~

Tuesday, April 15, 2014

14-04-14

 -------------------------------------------------------------------------


-----------------------------------------------------------------------------------
 
tanggal 14-04-14 menyaksikan genapnya umur seorang aku ke angka 21
untuk mencapai ke angka tersebut , 
banyak "hikayat dan kisah dongeng" yang telah aku lalui..

kepada keluarga jutaan terima kasih tak terhingga kerna menyangi anakmu ini..
menjadi pendokong yang terkuat 
diasaaat aku terkulat-kulat jatuh memandang "rabakkan jeans"

buat teman-teman seangkatan terima kasih
tiada kata yang mampu aku balas
 melainkan ucapan terima kasih yang tak henti di tirai bibir..
terima kasih kerna sudi jadi kawan aku..
untuk tempoh ini dan insyaALLAH untuk masa-masa
yang akan datang...