Wednesday, September 24, 2014

Dunia Sarjana

--------------------------------------------------------
zaman diploma kena beli barang-barang jahit + kain
zaman sarjana muda kena beli buku + novel 
dan kena buat research pasal novel semua bagai...

---------------------------------------------------------

semester baru sahaja  bermula.. (semester 1)
minggu pertama di Shah Alam dipenuhi dengan pemantapan sahsiah diri
dikenalkan dengan orang kuat fakulti sampai aku terpegun kelu..!!!
rasa teruja + semangat yang berkobar-kobar di dada
alangkah bertuahnya aku kerna dapat menjejakkan tempat ke kampus ni..
walaupun jauh dari bandar , tapi alhamdulillah kampus ni boleh buat aku hidup
pertama kali datang meninjau kawasan , "serius aku pegun . sebetulnya terkejut ."

EG ,
bersyukurlah sekurang-kurangnya kampus ni tak di kawasan pedalaman 
yang jauh dari segi arus kemajuan . setakat pergi ke bandar naik rapidKL tu , normal la
dulu masa mula-mula duduk Sri Iskandar pun , kau naik bas roadway jugak bila nak pergi 
rumah Mak Tam . 

jadi jangan banyak bunyi . dalam hidup ni , kita kena belajar hidup susah .
jangan jadi terlebih manja . setakat naik bas tu , pejam mata je la untuk seketika . 
kan lepas mid term break , Pak Ngah Li nak post motor . jadi bersabar la .

dah nama pun tempat baru , mesti la kena bermula dari bawah balik .
sini , aku tercampak jauh dari inche roomates + classmates . memang rasa awkward sangat
bila nak mulakan sesi suai kenal dengan kawan baru . nak-nak pulak aku menyewa diluar. lagi la rasa krik-krik . tapi kalau kita tak mulakan dulu , orang takkan pandang kita .
right...???

memang nak mulakan sesuatu yang akrab tu agak sukar dek kerana aku berstatus NR .
masa diploma dulu , dari mula pijak tanah Sri Iskandar sampai grad muka yang sama je duk menghadap . memang ukhwah yang terjalin tu tersimpul ketat .

------------------------------------------------------------------------------------------------------

course yang aku ambik ni , boleh dikatakan berat jugak (bagi aku la)
sebab banyak guna otak + akal + kreativiti + rajin membaca + mengingat cerita
memang jauh panggang dari api la dengan course diploma dulu...

kekononnya , 
bila lama tak membaca buku otak mudah berkarat + mudah lupa + tak aktif + berdaya saing
hurrrrggghhhhhh...!!! ambik mung EG..
sekali dapat memang jujur aku cakap , aku nanggis . sebab tak sangka sangat.
ingatkan  course ni  ringan tapi beratnya otak nak cerna.. =..="

dulu...
sambil buat assignment boleh lagi dengar lagu + tengok movie bagai
sekarang tak boleh dah..sebab ianya subjek membaca..!!! memang aku kena fokus kalau tak ntah kemana-mana nanti benda yang aku baca...

EG , 
bila dapat sesuatu amanat + tugasan , jangan merungut selalu
mengeluh kesah tu boleh tapi jangan diamalkan..
seolah kita tak bersyukur dengan apa yang kita dapat .
bila orang dah bagi amanat , terima dengan hati terbuka walaupun jiwa tak berapa nak merelakan .

kalau dari sini kita tak didik diri dengan sikap bertanggungjawab , 
alam kerjaya nanti pun kita ambil bena tak bena je..kualiti perkhidmatan tidak  mencapai piawai syarikat  , lama-lama kena bungkus la kalau tidak ubah sikap..!!!

degree ni ,
kena paksa diri jadi rajin . jangan mudah leka dengan benda di depan mata .
jangan ulangi sikap + perangai tidak semenggah di tahun akhir diploma .
dekat sini , 
tiada istilah nganga mulut , lecturer tolong suap 
yang ada hanyalah juadah secara buffet . 
kalau nak makan , capai sendiri . sebab semua benda dah disediakan 
(library + download nota-nota di i-learn + tanya senior + bergaul dengan warga kampus)
antara nak dengan tak nak je..

tapi kalau tak nak , 
semester depan bersedialah dengan manuskrip berkajang-kajang untuk diSorong ke bilik HEP


EG ,
degree tak da masa nak main-main dah ( jangan malas)
kalau main-main , macam mana nak dapat result flying colours..?? (3.67)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

OTAK YANG CANTIK TU , SILA GUNAKAN DENGAN SEWARASNYA. 
JANGAN JADIKAN IANYA HIASAN YANG TIDAK BERGUNA. 
CANTIK DI PANDANG TAPI NILAINYA KOSONG.
JANGAN JADIKAN IA SEPERTI OTAK UDANG..
TAPI JADIKAN IA SEPERTI FERRARI YANG DIIGAUKAN OLEH SEMUA ORANG..!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, September 17, 2014

SENDU

apa yang kau rasa bila diri tu tercampak jauh dari keluarga tercinta..???
terdampar jauh dari rakan seperjuangan yang akrab..yang selama ini , kau bergantung harap pada dia..tawa-nanggis-keluh-kesah kau dia yang tahu..

rasa macam pelikkan bila dia tiada di sisi..??? rasa kosong kan..???


cenggeng..??? 
manja..???


YA,
aku mengaku aku manja..dan cakap lah apa pun yang ingin kau lontar..
selagi kau tak rasa benda yang aku rasa , jangan sesekali menjatuhkan mandatori..!!!

tapi...

hidup ni tidak semudah apa yang diimaginasi..
tidak seenteng dengan dibicarakan..
semudah menuturkan tapi sukar melaksanakan...

pesan pada hati jangan mudah sensitif..

jangan rapuh sangat..era kini , dunia sangat ganas dan kasar..
kalau begitu senang meraung , bagaimana nak survive bila di alam kerjaya kelak..??? 
sepak terajang dunia luar lagi ganas dan ngeri..

ni , kena marah dengan lecturer pun dah leleh , macam mana nak berjaya..???

EG , 
semester baru saja bermula..tak sampai sebulan pun lagi bergelar budak degree..
takkan dah nak meragam manja..???
come on la..sila berdiri atas tapak kaki sendiri..
jatuh sakit yang kau rasa sekarang , akan menentukan hala tuju hidup lima tahun akan datang..
mana janji sebelum grad diploma haritu..???
 takkan dah nak putus angin..???

wake up..!!!
laksanakan janji tu..
tak guna nyanyi lagu U dengan bersemangat tapi usaha , satu habuk pun tarak.. =..="
bila ALLAH dah bukakan pintu peluang untuk kita sambung belajar , 
jangan persiakan..mungkin peluang untuk kali ketiga , belum tentu ada..!!!
jangan malu untuk bertanya...tapi jangan MALAS..!!! 
jangan jadi BODOH SOMBONG..!!! 
sebab yang ruginya nanti bukan orang lain..tapi diri sendiri juga..

take note..!!!





HARUS KUAT MELAWAN ARUS..!!!

Monday, September 8, 2014

KEMBALI

assalamualaikum..dan salam sejahtera 
kepada semua pembaca blog aku antara sengaja atau secara tak sengaja
jutaan terima kasih kerana sudi singgah tanah jajahan aku yang serba kekurangan ni..

sepanjang tempoh aku bercuti dari tulis blog ,
banyak cerita yang tersimpan yang tidak terluah dengan kata-kata
tapi terluah dengan rembesan air mata... 
biasa la konflik hidup..
nak-nak pulak budak yang baru nak up macam aku ni ha..
seperti yang korang sedia maklum , aku ni baru je menginjak ke angka 21 tahun awal april yang lalu
makanya proses rembesan horman tu..(macam nak nak cakap ye..???)
ala..korang mesti tahu kan macam mana...
darah muda..memberontak tentang itu ini..

tapi alhamdulillah..setakat harini , 
aku tak pernah lagi terlihat dengan masalah sosial..
sememberontak aku pun  , aku sayang nyawa lagi..
buruk-buruk aku pun hanya memberontak...
tak ada la pulak nak pergi telan dadah..minum arak.. pergi club bagai..
mengamuk tak tentu hala..

apa korang ingat pergaulan bebas tu seronok..???
buruk-buruk aku pun , aku sedaya upaya nak jaga nama baik + maruah keluarga..
lagi-lagi aku ni seorang perempuan lagi la akan banyak tohmahan + kekejian yang akan jadi tahi dekat nama family aku...

mungkin dunia aku dengan dunia korang berbeza..
(dunia budak kampung dengan dunia budak bandar)
aku budak kampung je..start keluar dari rumah a.k.a daerah terchenta
sejak aku duduk hostel..tu pun tak jauh sangat..
"sekankang kera" je jauh nya..



dulu aku sangat prejudis dengan budak-budak "rosak akhlak"
(budak-budak yang ada masalah disiplin + masalah sosial)
nak kawan pun dengan budak-budak yang baik je..
kekononnya tak nak terpengaruh dengan anasir tidak sihat..
tapi setelah aku kenal dengan lejen , fixi , buku hitam , dubook press
(buku-buku + novel indie)
secara tak lansung "otak aku yang sempit" ni terbuka sikit-sikit
memang dari segi luarannya kita nampak diorang buruk perangai
tapi kalau kita just tahu cakap tapi kedekut nak menghulur tangan
tiada guna jugak sedara..ilmu yang ada tapi tak dimanfaatkan secara betul
takkan bawak kemana pun..
sebab kalau dah mind set kita dah fikir macam tu 
memang sampai kesudah la akan nampak buruk je even "budak-budak"
 akhlak tu pelan-pelan nak berubah jadi baik...

topik buku indie ni , aku share ngan korang lain kali ye.. sebab aku nak suggestkan dekat korang buku-buku yang best...!!! setiap helaian yang kau selak , terasa seperti penampar hinggap di    pipi . tu berdasarkan pengalaman aku baca tau..tiada unsur penipuan..kalau benda betul buat apa nak tipu..orang cakap , kalau benda baik tak elok makan sesorang...sepatutnya saling berkongsi barulah ukhwah + rezeki pengetahuan tu semakin kaya..right..???

------------------------------------------------------------------------------------

untuk pengetahuan korang , 
aku akan kembali mengaktifkan diri di laman sesawang
memandangkan coverage tenet dekat sini "sihat walafiat"
In Sha Allah , paling kurang aku akan updates satu entry setiap minggu
tapi depends kepada jadual kelas aku jugak la..
kalau jadual aku pack macam menteri nak pihanraya tu ,
aku mintak maaf ye..
tapi aku janji , dalam sebulan tu mesti ada khabar cerita dari aku...
paling kurang dua cerita..
jangan sedih-sedih ye...  =)




p/s : alhamdulillah aku dapat sambung degree..dapat course yang aku minat..
doakan aku tau korang.. =)