Monday, September 8, 2014

KEMBALI

assalamualaikum..dan salam sejahtera 
kepada semua pembaca blog aku antara sengaja atau secara tak sengaja
jutaan terima kasih kerana sudi singgah tanah jajahan aku yang serba kekurangan ni..

sepanjang tempoh aku bercuti dari tulis blog ,
banyak cerita yang tersimpan yang tidak terluah dengan kata-kata
tapi terluah dengan rembesan air mata... 
biasa la konflik hidup..
nak-nak pulak budak yang baru nak up macam aku ni ha..
seperti yang korang sedia maklum , aku ni baru je menginjak ke angka 21 tahun awal april yang lalu
makanya proses rembesan horman tu..(macam nak nak cakap ye..???)
ala..korang mesti tahu kan macam mana...
darah muda..memberontak tentang itu ini..

tapi alhamdulillah..setakat harini , 
aku tak pernah lagi terlihat dengan masalah sosial..
sememberontak aku pun  , aku sayang nyawa lagi..
buruk-buruk aku pun hanya memberontak...
tak ada la pulak nak pergi telan dadah..minum arak.. pergi club bagai..
mengamuk tak tentu hala..

apa korang ingat pergaulan bebas tu seronok..???
buruk-buruk aku pun , aku sedaya upaya nak jaga nama baik + maruah keluarga..
lagi-lagi aku ni seorang perempuan lagi la akan banyak tohmahan + kekejian yang akan jadi tahi dekat nama family aku...

mungkin dunia aku dengan dunia korang berbeza..
(dunia budak kampung dengan dunia budak bandar)
aku budak kampung je..start keluar dari rumah a.k.a daerah terchenta
sejak aku duduk hostel..tu pun tak jauh sangat..
"sekankang kera" je jauh nya..



dulu aku sangat prejudis dengan budak-budak "rosak akhlak"
(budak-budak yang ada masalah disiplin + masalah sosial)
nak kawan pun dengan budak-budak yang baik je..
kekononnya tak nak terpengaruh dengan anasir tidak sihat..
tapi setelah aku kenal dengan lejen , fixi , buku hitam , dubook press
(buku-buku + novel indie)
secara tak lansung "otak aku yang sempit" ni terbuka sikit-sikit
memang dari segi luarannya kita nampak diorang buruk perangai
tapi kalau kita just tahu cakap tapi kedekut nak menghulur tangan
tiada guna jugak sedara..ilmu yang ada tapi tak dimanfaatkan secara betul
takkan bawak kemana pun..
sebab kalau dah mind set kita dah fikir macam tu 
memang sampai kesudah la akan nampak buruk je even "budak-budak"
 akhlak tu pelan-pelan nak berubah jadi baik...

topik buku indie ni , aku share ngan korang lain kali ye.. sebab aku nak suggestkan dekat korang buku-buku yang best...!!! setiap helaian yang kau selak , terasa seperti penampar hinggap di    pipi . tu berdasarkan pengalaman aku baca tau..tiada unsur penipuan..kalau benda betul buat apa nak tipu..orang cakap , kalau benda baik tak elok makan sesorang...sepatutnya saling berkongsi barulah ukhwah + rezeki pengetahuan tu semakin kaya..right..???

------------------------------------------------------------------------------------

untuk pengetahuan korang , 
aku akan kembali mengaktifkan diri di laman sesawang
memandangkan coverage tenet dekat sini "sihat walafiat"
In Sha Allah , paling kurang aku akan updates satu entry setiap minggu
tapi depends kepada jadual kelas aku jugak la..
kalau jadual aku pack macam menteri nak pihanraya tu ,
aku mintak maaf ye..
tapi aku janji , dalam sebulan tu mesti ada khabar cerita dari aku...
paling kurang dua cerita..
jangan sedih-sedih ye...  =)




p/s : alhamdulillah aku dapat sambung degree..dapat course yang aku minat..
doakan aku tau korang.. =)


2 comments:

  1. hai kak ..saya baru lagi kat blog ..mintak tunjuk ajar ye .. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak.😊😁😃..terima Kasih sebab terjah blog Saya yg serba kedaifan ini..semoga terhibur + manfaat dgn entry yg Saya Coret...#xoxo

      Delete