Monday, June 23, 2014

HITAM

MANUSIA ,
tahunya hanya menuding jari
salah sendiri , sebolehnya mahu dijilid rapi
seolah-olah mahu menghapuskan terus bukti itu .

MANUSIA ,
hidup ini berputar
yang tidak akan pernah jeda walaupun seketika
pernahkah kau berfikir , bahwa apa yang berlaku
saat dan tika ini akan berlaku kelak di masa hadapan..
jangan terlampau angkuh mendabik dada..

MANUSIA ,
Jika bukan engkau yang mengalaminya ,
mungkin anak cucu keturunanmu yang akan menelannya .
mungkin manusia seperti aku yang hidupnya hitam
disirami noda saban hari
selayaknya tidak didengar luahan batinya..???
adakah manusia seperti aku seharusnya ditanam hidup-hidup
tanpa diberi peluang untuk berkata-kata..???

MANUSIA ,
dirimu bukannya Tuhan yang sewenangnya menjatuhkan mandatori
seorang engkau tidak mempunyai sebarang apa-apa magis untuk menghukum
jangan terlalu gopoh menghayunkan penumbuk
jika tidak mahu menelan pahitnya realiti .

YA... ,
seorang aku hanya memerhati dalam diam
kerna sudah biasa dihidangkan dengan alunan kesat
yang menjadi basahan lidahmu .
seorang aku hanya memandang tanpa nada
sebolehnya menyepi seperti similar senja .
aku sedaya mungkin mencuba menghapuskan
rona-rona noda yang terpercik di muka .
namun ,
apakan daya , masa hitam yang gelap tidak sesekali boleh diubah .
tetapi ,
masa depanlah yang perlu dicorak dan dilakar dengan sempurna .
apayang perlu aku buat adalah menjadikan kisah hitam sebagai pengajaran .

MANUSIA ,
satu aku mohon ,
mohon berikan aku sinar cahaya
agar aku tidak goyah untuk berdiri .
aku perlukan bahu untuk bersandar ketika lelah
dan tangan untuk memimpin ketika tersungkur mencium debu .
jika engkau lokek menghulurkan bantuan ,
lidahmu kupinta , tolong tumpulkan
kerna tajamnya lebih daripada belati yang menikam...
mohon secebis simpati .

-----------------------------------------------------------------------------
Jaga mulut awak daripada memfitnah,
mengumpat dan mencarut..
Ingatlah wasiat Luqman kepada anaknya..
Bila engkau sedang bermasyarakat jagalah lidahmu..
------------------------------------------------------------------------------





No comments:

Post a Comment