Thursday, March 27, 2014

K.E.L.A.M

---------------------------------------------------------------------------------------


----------------------------------------------------------------------------------------------

manusia-manusia di sekeliling sibuk nak tolong
tapi diri sendiri tu takda motivasi untuk tolong diri sendiri ke..???

hari-hari aku disapa mesra dengan pertanyaan "design dah siap" ..???
dan aku sengih..!!! sebab tak tahu nak bagi reaksi macam mana..
tak malu ke dengan classmate..??? pada mata-mata yang memandang..???

kalau dihitung empunya diri tu cukup beruntung jika dibandingkan dengan classmate yang lain..
tak rasa malu ke bila orang sibuk nak tolong tapi diri sendiri buat macam tak kisah..
sedar tak yang awak tu final year bukannya freshie yang baru masuk uni..
yang baru terkinja-kinja nak kenal alam IPT..!!!

jangan jadi bodoh sombong boleh tak....???
orang sibuk nak tolong "menangkan" takkan langkahan tu tak reti nak pecut..???
takkan nak jadi macam anak burung baru lahir yang tahu nganga je bila lapar..

hey..!!!
awak tu dah angka "2" kot kat depan takkan la tak boleh fikir baik buruk lagi..???
takkan nak terperangkap di bumi Sri Iskandar ni untuk "semusim" lagi..???

#sabar..sikit lagi nk sampai garisan penamat..!!!


Friday, March 21, 2014

E.G.O

---------------------------------------------------------------------------------------


----------------------------------------------------------------------------------------

pada luarannya mungkin aku kelihatan tenang menghadap torehan luka
tapi dasarnya hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedihnya luka bila disirami "cuka"
kusangka pelangi akan cantik bercahaya sampai ke petang..
rupanya mendung berarak di siang hari...
kusangka terik mentari memancar sampai ke senja tapi taufan katrina mula "mengintai " di tengah hari..

aku rendahkan ego aku untuk kau...demi insan yang bernama kawan...
tapi sayang egomu begitu tinggi mencakar langit..kau fikir lukamu lagi besar dan perit.
padamu akulah "pengganas" yang mejatuhkan nuklear atas "negara persahabatan kita"
tabik spring aku hadiahkan..!!!

bravo..bravo..bravo..!!! (tepuk tangan)

aku bukan nak mengungkit nilai-nilai "patriotik persahabatan" dengan kau..
tak pernah aku mengungkit melainkan dengan "dia"..!!!
tapi bila jadi macam ni aku rasa engkaulah "pengganas" yang sebenarnya..
api dalam sekam..duri dalam daging..musuh dalam selimut..

aku begitu tercalar dengan karektar kau..
benih pengorbanan yang aku semai dengan cantik..disirami baja keikhlasan
tapi dimatikan dengan racun prasangka buruk...dilempar ke dasar gaung dengan penuh prejudis..!!!

terkilan..sangat-sangat terkilan..
tak pernah seumur hidup , aku disajikan dengan karenah sahabat sebegini..
mungkin Allah ingin menguji nilai hati aku...
sejauh mana tahap kesabaran seorang aku untuk meniti liku-liku ujian..

terima kasih kawan atas "hadiah" yang engkau berikan..
aku doakan semoga engkau bisa cari "skuad kadet" yang mengerti pe'el sensitif
yang bermukim dalam diri kau..

terima kasih untuk tempoh ini..
satu tamparan yang maha hebat atas "tiket" mengenali seorang ANDA..!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------

# orang yang EGO atau sombong dengan 
tujuan hendak jaga wibawa , 
padahal dia telah menjatuhkan diri , 
menjadikan orang bertambah BENCI dan menjauhkan diri .

----------------------------------------------------------------------------------------------

* tampal senyum plastik ='D

Thursday, March 20, 2014

T.A.H.A.N

--------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------

dengkuran halus mula kedengaran
dentingan jarum kian beranjak
dari satu angka ke satu angka
dan aku masih bertenggek didepan komputer
memadu asmara dengan Capital A..
buah hati pengarang jantung..

untuk minggu-minggu terakhir...untuk hari-hari terakhir
rasa penat itu mula bermaharajalela menguasai seluruh urat saraf
aku perlukan "syabu" untuk mengkhayalkan aku dari realiti...
walaupun seminit , tetap mengharapkan "syabu" menguasai aku..!!!

warghh..!!! 
rasa yang kian terbuku bila anak-anak kesayangan aku 
tersadai bogel berselerakan di dada meja...
benih-benih yang kian subur membesar akibat rembesan sperma menangguhkan kerja
dibelai dengan dengan manja tapi rasa macam purghhh...!!!

sampai kapan aku harus terpenjara dengan "boneka" ini semua..???
persoalan yang sering merogol minda dan jiwa..merobek batin hingga terluka..
tersadai lesu dengan lelehan anak sungai..

persetankan semua rasa ini...
marathon aku sudah hampir ke garisan penamat..
aku harus pecut dengan kencang untuk membawa pulang harapan dan impian keluarga
yang menginginkan aku "menang" dengan segulang diploma..

---------------------------------------------------------------------------------------

# kata kunci yang harus digilap...
jangan mudah berputus asa . jatuh sampai jeans rabak..lutut tercalar dengan torehan kerikil batu..siku bersagat dengan tar jalan..harus bangkit berdiri..teruskan langkahan walaupun "sekencang" kura-kura berlari .


Monday, March 17, 2014

R.E.D.U.P

-----------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------

disebalik keredupan yang bermaharajalela ditirai hati
masih tersembunyi secebis sinar kegembiraan..
sinar pengharapan untuk terus melangkah mendongak mentari..
walaupun langkahan itu tertatih-tatih
tapi ianya terselamat dari tersadung jatuh..
kerna aku mempunyai pendokong yang kuat
untuk mengelakkan aku jatuh tersungkur..

terima kasih kawan..
hadirmu begitu bermakna
walaupun sejarah perkenalan kita kurang lemak berkrim
tapi bila dikenang kembali ,
ianya bisa membuatkan aku tersenyum sendiri...


--------------------------------------------------------------------------------------------
# minggu-minggu final yang sangat memenatkan..
  membuatkan mata begitu rapuh untuk mengalirkan sungai...

Friday, March 14, 2014

Surat Untuk Kau

adat berkawan ada pasang surutnya
seringkali aku disapa dengan hembusan nafas bernada pilu
"kau kawan dengan sebab apa..??? "
"sebab pointer aku ke..??? "
dan jawab aku ringkas ;
"aku kawan dengan kau sebab aku rasa selesa kawan dengan kau.
boleh masuk dengan aku punya pe'el" (senyum iklan colgate)

kawan bukan siapa datang dulu atau siapa datang kemudian
kawan yang baik akan sentiasa ada untuk temannya berhujan panas 
teman untuk bergelak ketawa riang gumbira
teman yang ada masa kita "down" 
sambil menghulurkan bahu untuk men"cheers up" kan semangat
teman yang meghulurkan tisu masa mata beranak sungai..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
kehadapan kau yang bernama kawan..


kita kenal hampir tiga tahun..sepanjang tempoh itu bermacam dugaan telah kita telan
tapi semakin aku kenal kau semakin sakit kepala aku untuk mencerna sifat "kawan" kau
maaf kalau ayat aku ini kedengaran sinis tapi ini luahan seorang aku untuk kau..

"Zack kalau kau cakap yang kau kekurangan kasih sayang dari keluarga , 
aku rasa engkau cukup beruntung berbanding aku .
 atleast keluarga kau sempurna tak macam aku . 
aku ada mak , tapi aku rasa jauh dengan dengan dia . 
mak dan abah aku pisah masa aku baby .  
dibesarkan dengan menumpang kasih sayang
 pakcik dan makcik serta secebis kasih sayang dari seorang bapa tiri .
 kau dapat rasa tak betapa bertuah dan beruntungnya diri kau .??? 
tapi aku bersyukur nikmat yang Allah kurniakan kepada aku . 
sekurang-kurangnya aku tidak terkapai-kapai mencari arus kasih-sayang.."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
memang la kawan tu akan hadir masa kita bergelak ketawa dan mata beranak sungai
tapi sampai bila kita nak mengharapkan kawan utntuk menyelesaikan masalah kita..???
akal yang Allah kurniakan tu  , manfaatkanlah dengan sebaiknya
jangan terus mengharap pada "gam" untuk terus hidup..

aku sayang kau Zack..!!!
tapi bila kau buat perangai budak lima tahun ni 
aku rasa tangan aku begitu ringan nak mendarat dekat muka kau..
tapi aku tak segila itu lagi..
aku masih waras untuk berfikir secara rasional..
baik buruk kau pun  , kau tetap kawan aku..
---------------------------------------------------------------------------------------------
#sahabat saling melengkapi..
kelebihan kau menyempurnakan "jigsaw puzzle" aku..
begitu jugak dengan sebaliknya..right..???

---------------------------------------------------------------------------------------------
* dari sahabat untuk sahabat =)