Friday, March 14, 2014

Surat Untuk Kau

adat berkawan ada pasang surutnya
seringkali aku disapa dengan hembusan nafas bernada pilu
"kau kawan dengan sebab apa..??? "
"sebab pointer aku ke..??? "
dan jawab aku ringkas ;
"aku kawan dengan kau sebab aku rasa selesa kawan dengan kau.
boleh masuk dengan aku punya pe'el" (senyum iklan colgate)

kawan bukan siapa datang dulu atau siapa datang kemudian
kawan yang baik akan sentiasa ada untuk temannya berhujan panas 
teman untuk bergelak ketawa riang gumbira
teman yang ada masa kita "down" 
sambil menghulurkan bahu untuk men"cheers up" kan semangat
teman yang meghulurkan tisu masa mata beranak sungai..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
kehadapan kau yang bernama kawan..


kita kenal hampir tiga tahun..sepanjang tempoh itu bermacam dugaan telah kita telan
tapi semakin aku kenal kau semakin sakit kepala aku untuk mencerna sifat "kawan" kau
maaf kalau ayat aku ini kedengaran sinis tapi ini luahan seorang aku untuk kau..

"Zack kalau kau cakap yang kau kekurangan kasih sayang dari keluarga , 
aku rasa engkau cukup beruntung berbanding aku .
 atleast keluarga kau sempurna tak macam aku . 
aku ada mak , tapi aku rasa jauh dengan dengan dia . 
mak dan abah aku pisah masa aku baby .  
dibesarkan dengan menumpang kasih sayang
 pakcik dan makcik serta secebis kasih sayang dari seorang bapa tiri .
 kau dapat rasa tak betapa bertuah dan beruntungnya diri kau .??? 
tapi aku bersyukur nikmat yang Allah kurniakan kepada aku . 
sekurang-kurangnya aku tidak terkapai-kapai mencari arus kasih-sayang.."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
memang la kawan tu akan hadir masa kita bergelak ketawa dan mata beranak sungai
tapi sampai bila kita nak mengharapkan kawan utntuk menyelesaikan masalah kita..???
akal yang Allah kurniakan tu  , manfaatkanlah dengan sebaiknya
jangan terus mengharap pada "gam" untuk terus hidup..

aku sayang kau Zack..!!!
tapi bila kau buat perangai budak lima tahun ni 
aku rasa tangan aku begitu ringan nak mendarat dekat muka kau..
tapi aku tak segila itu lagi..
aku masih waras untuk berfikir secara rasional..
baik buruk kau pun  , kau tetap kawan aku..
---------------------------------------------------------------------------------------------
#sahabat saling melengkapi..
kelebihan kau menyempurnakan "jigsaw puzzle" aku..
begitu jugak dengan sebaliknya..right..???

---------------------------------------------------------------------------------------------
* dari sahabat untuk sahabat =)

No comments:

Post a Comment