Monday, June 23, 2014

HITAM

MANUSIA ,
tahunya hanya menuding jari
salah sendiri , sebolehnya mahu dijilid rapi
seolah-olah mahu menghapuskan terus bukti itu .

MANUSIA ,
hidup ini berputar
yang tidak akan pernah jeda walaupun seketika
pernahkah kau berfikir , bahwa apa yang berlaku
saat dan tika ini akan berlaku kelak di masa hadapan..
jangan terlampau angkuh mendabik dada..

MANUSIA ,
Jika bukan engkau yang mengalaminya ,
mungkin anak cucu keturunanmu yang akan menelannya .
mungkin manusia seperti aku yang hidupnya hitam
disirami noda saban hari
selayaknya tidak didengar luahan batinya..???
adakah manusia seperti aku seharusnya ditanam hidup-hidup
tanpa diberi peluang untuk berkata-kata..???

MANUSIA ,
dirimu bukannya Tuhan yang sewenangnya menjatuhkan mandatori
seorang engkau tidak mempunyai sebarang apa-apa magis untuk menghukum
jangan terlalu gopoh menghayunkan penumbuk
jika tidak mahu menelan pahitnya realiti .

YA... ,
seorang aku hanya memerhati dalam diam
kerna sudah biasa dihidangkan dengan alunan kesat
yang menjadi basahan lidahmu .
seorang aku hanya memandang tanpa nada
sebolehnya menyepi seperti similar senja .
aku sedaya mungkin mencuba menghapuskan
rona-rona noda yang terpercik di muka .
namun ,
apakan daya , masa hitam yang gelap tidak sesekali boleh diubah .
tetapi ,
masa depanlah yang perlu dicorak dan dilakar dengan sempurna .
apayang perlu aku buat adalah menjadikan kisah hitam sebagai pengajaran .

MANUSIA ,
satu aku mohon ,
mohon berikan aku sinar cahaya
agar aku tidak goyah untuk berdiri .
aku perlukan bahu untuk bersandar ketika lelah
dan tangan untuk memimpin ketika tersungkur mencium debu .
jika engkau lokek menghulurkan bantuan ,
lidahmu kupinta , tolong tumpulkan
kerna tajamnya lebih daripada belati yang menikam...
mohon secebis simpati .

-----------------------------------------------------------------------------
Jaga mulut awak daripada memfitnah,
mengumpat dan mencarut..
Ingatlah wasiat Luqman kepada anaknya..
Bila engkau sedang bermasyarakat jagalah lidahmu..
------------------------------------------------------------------------------





Saturday, June 21, 2014

SANDARAN

----------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------

Alam ,
sebolehnya aku hendak berkongsi cerita
kisah-kisah yang menghujani rentetan aku
setiap detik yang berlaku ingin aku khabarkan kepadamu.
detik yang membuahkan senyuman terukir , terherot bahagia .

Alam ,
aku jadikan engkau sebagai tulang belakang
bukan sekadar untuk berkongsi detik bahagia cuma .
aku memerlukan teman yang bisa menghiburkan dikala hati begitu
rapuh sampaikan mata begitu ringan melahirkan titisan air .

Alam ,
sungguh aku rindu .
rasa itu bukan omongan kosong , ianya nyata .
tapi bolehkah aku menjadikan engkau sebagai sandaran
untuk aku berkongsi rasa..???




Monday, June 16, 2014

KANCIL

awak..!!!
ye..awak yang sedang membaca ni la..
kita dapat Kancil tau..sebenarnya lama dah kita nak cakap dekat awak , 
tapi tiada kesempatan..
selalu terbantut dek kerana kekangan internet...=,="
awak jangan mengajuk pulak tau..
kita duduk jauh..susah nak pujuk kalau awak ngajuk..


sebenarnya kita nak Mitsubishi Lancer Evolution tapi bila dah dapat kancil ni pun ,
dah bersyukur sangat-sangat..walaupun kecil molek , hati setaman harum berbunga...
Lancer tu , kena KIV dulu la..tunggu kerja and then baru beli..



-----------------------------------------------------------------------------------------------------

sebenarnya aku ni dah berkurun dah ada lesen kereta tapi bawaknya tidak . bukannya apa , lepas je lulus ngan JPJ , aku terus baham motor kapcai . orang cakap dah lasak dah ngan motor . bila jumpa geng-geng lama , isu yang selalu aku kena bebel bab bawak kereta la..alah , diorang tahu cakap je , tapi nak ambik lesen pun penakut..cakap je berkobar-kobar , penakut lebih kurang aku jugak...porahhh..hahahahaha

masa mula-mula dapat tu , pakcik aku la yang jadi cikgu tak bertauliah..
kau faham sendiri la , bila dah lama tak bawak kereta ni...mula la kaki tangan terketar-ketar mengalahkan pesakit parkinson...cikgu di sebelah pulak , garang tak hengat...!!! 
aku bawak tersenggut-senggut 
telinga mula la menjadi habuan bebelan..aku senyap je la...telan je  rasa terbuku..orang dah cukup baik menghulurkan tangan memberi bantuan , takkan la nak eksyen menolak pulak..!!!

harini , alhamdulillah kereta dah tersenggut-senggut macam dulu dah..
kekadang tu ada la jugak...
takkan la baru belajar terus pandai..pembelajaran yang berterusan adalah salah satu prses untuk berjaya..kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam , sampai billa-bila pun takkan pandai...ye dak..???

walaupun lesen aku dah besar , tapi oleh kerana aku bawak macam budak baru 
dapat lesen P, aku pun tampal la sticker P dekat kereta..
kalau aku lambat macam kura-kura pun , 
takde la "senior" nak hon bagai..sebab mesti la dia nampak pelekat P di cermin tu..
(pandai tak aku nak cover "kegagapan" memandu..??? hahaha) 

membara tau tak bila kena hon..masa bawak motor dulu  , ada jugak la kena hon dengan lori..ceh..!!! mentang-mentang la "badan" dia besar , suka hati dorayaki ye nak hon aku..walhal aku dah duduk di jalan yang betul dah..dia tu yang eksyen terlebih..kalau orang langgar dia pun , bukan dia yang "kiok" tapi orang yang melanggar tu la..=,="



--------------------------------------------------------------------------------------

#masih dalam proses untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah...
pray for me. (^_________^)



D.U.R.I



takyah nak mengata orang jalan senget atau masa depan yang kelam...

rezeki seseorang itu bukan ditangan manusia tapi Allah yang bagi..

cermin diri sendiri tu dulu..layakkah nak berkata sedemikian rupa..???


manusia ni suka sangat nak "mencerminkan" orang lain sampaikan diri sendiri tak "bercermin"..

seburuk mana pun perangai seseorang manusia tu , dia tetap ada jiwa..

jangan sesuka hati membunuh jiwa manusia dengan kata-kata nista...

-----------------------------------------------------------------------------------------

persetankan mulut puaka manusia , janji kau tak langgar hukum Allah dan menjaga nama baik keluarga itu sudah cukup..nak mengharapkan kepuasan manusia , sampai bila pun akan berbunyi..


#MOVEON,KAWAN..!!!

#EGO

ego tu nak dijulang tinggi mana ??? 
setinggi KLCC atau mencacak tegap seperti Gunung Everest ???
bukan boleh bawak kenyang pun kalau mendaulatkan ego tu .
buat menyemak lagi ada la . 
kalau rasa diri bagus sangat , dah perfect se"straight" pembaris ,
tolong duduk diam-diam..!!!
takyah nak melaser sangat mulut tu . 
makan hati berulamkan jntung , tau tak..!!!


#bengang..

Saturday, June 14, 2014

C.A.R.I

peluang sesuatu benda takkan datang menyerah diri
tetapi ianya perlu dicari...


orang cakap kalau nak berjaya dalam sesuatu bidang yang diimpikan ,
memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang jitu...
barulah pengakhirannya seindah pelangi...

#membuahkan senyuman di pagar bibir terherot bahagia =)








Sunday, June 1, 2014

L.U.A.H

assalamualaikum inche blog dan para pembaca yang budiman..(kenyit mata)
maafkan aku kerna lama menyepikan diri..bukan aku tidak rindu untuk bercanda dengan kalian tapi apakan daya kekangan masa + kelajuan internet tersangat la menikam jantung...membuatkan aku fedap untuk menekan suis latop..!!! tapi itu tidak bermakna aku berputus asa mencari jalan penyelesaian..masakan aku sanggup berpisah lama dengan teman yang setia menemani keluh-kesah seorang aku..


okey-okey...tak nak la mukadimah pepanjang sangat..nanti fening plak kalian nak menghadam cerita-cerita aku..maklum la , aku menghilang hampir dua minggu..memang panjang dan banyak la benda yang aku nak berstory-mory..almaklumla , punya lama aku duk simpan nak la jugak aku mewartakan...
 *senyum iklan colgate

sepanjang dua minggu ni , banyak benda yang mewarnai diari aku..pasang surut emosi tu biasa la kan..budak baru nak up mesti la hormon badan dia bercelaru sikit..(eh..ke aku sorang je yang macam ni..??? )
*hahahaha

disebabkan banyak sangat aku susun ikut kronologi cerita la..senang sikit aku nak tulis..setiap benda yang berlaku kan mesti ada feel yang tersendiri..baru la ada mood nak bercerita panjang..tapi aku nak pesan awal-awal la dekat korang , jangan muntah hijau plak...aku cadangkan sebelum nak bertapa lama depan laptop tu , ada baiknya kalau korang sediakan minyak cap kapak...mana la tahu kot-kot berpinar tengok screen laptop..ada la jugak ubat nak kasi kurangkan sakit kepala tu..

pape pon tunggu post aku  ye... *muahh