awak..!!!
ye..awak yang sedang membaca ni la..
kita dapat Kancil tau..sebenarnya lama dah kita nak cakap dekat awak ,
tapi tiada kesempatan..
selalu terbantut dek kerana kekangan internet...=,="
awak jangan mengajuk pulak tau..
kita duduk jauh..susah nak pujuk kalau awak ngajuk..
sebenarnya kita nak Mitsubishi Lancer Evolution tapi bila dah dapat kancil ni pun ,
dah bersyukur sangat-sangat..walaupun kecil molek , hati setaman harum berbunga...
Lancer tu , kena KIV dulu la..tunggu kerja and then baru beli..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
sebenarnya aku ni dah berkurun dah ada lesen kereta tapi bawaknya tidak . bukannya apa , lepas je lulus ngan JPJ , aku terus baham motor kapcai . orang cakap dah lasak dah ngan motor . bila jumpa geng-geng lama , isu yang selalu aku kena bebel bab bawak kereta la..alah , diorang tahu cakap je , tapi nak ambik lesen pun penakut..cakap je berkobar-kobar , penakut lebih kurang aku jugak...porahhh..hahahahaha
masa mula-mula dapat tu , pakcik aku la yang jadi cikgu tak bertauliah..
kau faham sendiri la , bila dah lama tak bawak kereta ni...mula la kaki tangan terketar-ketar mengalahkan pesakit parkinson...cikgu di sebelah pulak , garang tak hengat...!!!
aku bawak tersenggut-senggut
telinga mula la menjadi habuan bebelan..aku senyap je la...telan je rasa terbuku..orang dah cukup baik menghulurkan tangan memberi bantuan , takkan la nak eksyen menolak pulak..!!!
harini , alhamdulillah kereta dah tersenggut-senggut macam dulu dah..
kekadang tu ada la jugak...
takkan la baru belajar terus pandai..pembelajaran yang berterusan adalah salah satu prses untuk berjaya..kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam , sampai billa-bila pun takkan pandai...ye dak..???
walaupun lesen aku dah besar , tapi oleh kerana aku bawak macam budak baru
dapat lesen P, aku pun tampal la sticker P dekat kereta..
kalau aku lambat macam kura-kura pun ,
takde la "senior" nak hon bagai..sebab mesti la dia nampak pelekat P di cermin tu..
(pandai tak aku nak cover "kegagapan" memandu..??? hahaha)
membara tau tak bila kena hon..masa bawak motor dulu , ada jugak la kena hon dengan lori..ceh..!!! mentang-mentang la "badan" dia besar , suka hati dorayaki ye nak hon aku..walhal aku dah duduk di jalan yang betul dah..dia tu yang eksyen terlebih..kalau orang langgar dia pun , bukan dia yang "kiok" tapi orang yang melanggar tu la..=,="
--------------------------------------------------------------------------------------
#masih dalam proses untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah...
pray for me. (^_________^)
No comments:
Post a Comment