Monday, November 25, 2013

HUJAN ASSIGNMENTS bakal turun dengan LEBATNYA..!!!

Selamat petang semua..
nampak tak tajuk entry kat atas tu..???
HUJAN ASSIGNMENTS bakal turun dengan LEBATNYA..!!!


bila bergelar student ni
macam ni la rutin dia..assignment ni macam cuaca
kalau cuaca mendung , memang seronok la nak pergi lepak ke
 hangout dengan member-member ke buat apa-apa aktiviti la

kalau cuaca panas terik membahang
ada ke orang nak pergi hangout atau kepak-lepak tepi pantai
memang takkan ada..!!!
sapa yang nak pergi berjemur masa panas membahang tu
kalau pergi jugak memang percuma je dapat hadiah "terbakar kulit"
aku rasa mat saleh pun tak nak pergi berjemur
walaupun diorang suka berjemur di tepian pantai..

haaa...
macam tu la dengan assignment ...!!!
datang tak berjemput tapi nak pulang kena diiringi dengan burn
yang memerlukan kesabaran jiwa raga untuk disiapkan..

assignment
dia macam air 
ada pasang surutnya..
kalau musim tengkujuh air pasang deras kan
laju je mengalir
kalau musim kemarau slow je air dia mengalir
nak tak nak je mengalir
kadang-kadang kering teruh

malam ni dan malam-malam
yang akan mendatang aku akan tidur
berbantalkan laptop
bertilamkan sketches design , bermimpikan research inspirations
dan berselimutkan dengan drawing  illustration..

warghhh...!!!!


makanya...
boleh ke aku jadi macam quote kat bawah ni..???


hrmmm....
fikir , fikir , fikir dan terus berfikir

*JANGAN MALAS..SEM NI KAN DAH LAST SEM
JANGAN ULANG PERISTIWA SEM LEPAS
JANGAN MALAS
RAJINKAN USAHA UNTUK FINAL SEM NI

~ doakan aku terus gigih buat assignment demi segenggam diploma ~


Homesick..!!!!

wassapp..!!!!
rindu aku tak..???
kalau nak muntah sila muntah sekarang
tapi harus sediakan bakul la
hahahahaha

kenapa tajuk dia
HOMESICK..????

sebab aku tengah homesick sekarang ,
hari esok dan untuk hari-hari yang bakal mendatang selagi
kakiku ini berpijak diatas bumi Perak lagi terchenta ini..
(hati berlagu pilu)

Credits to Mr Google

aku ni nama je dah besar panjang tapi kalau datang Perak ni
mula la demam bagai..

Credits to Mr Google

kalau sebut je nak datang Perak , esok tu mula la selesema la
batuk la , pening la
macam-macam la virus yang datang
macam-macam pe'el  (=,=" )

mak aku pun hairan dengan aku
nak kata tak pernah berenggang dengan family 
aku dua tahun duduk hostel dekat teknik
(first time aku duduk hostel sebenarnya)
tak la sampai menangis nak balik rumah bagai
mungkin masa sekolah teknik dulu 
dua minggu sekali boleh balik rumah
sebab tu kot aku tak homesick
hahahaha

bila duduk uni ni , kena tunggu mid term dulu la baru boleh balik
tu pun lama nak tunggu.
jenuh aku duduk menangis berlagu pilu
duduk bertelefon bagai dengan family
sebulan lebih baru boleh balik rumah
bila cuti pulak , seminggu je
ciput bebeno

Credits to Mr Google
ni pun aku baru je sampai dekat uni
tapi dah terasa nak balik
tak sampai seminggu pun lagi
waaaaaaa
aku nak balik...!!!!
taknak duduk sini..!!!!


 ~ oh pantai timurku bulan 12 aku balik , InsyaAllah :') ~

Tuesday, November 19, 2013

Minggu Destini Siwa = Orentasi (Kenangan Bertanda)

wassap..!!!

entry kali ni aku nak bercerita tentang zaman mula-mula
menjejakkan kaki ke uni .

ENcik Google yang punya :)

boleh terdetik nak bercerita tentang zaman berorentasi ni
sebab ex-roomate aku mesez tadi .


Gambar Encik Google :)


Roomate : Rindu nak berMDS dengan korang :'(

Aku : Hahaha..rindu weyh . Kaki melecet . Bangun seawal empat pagi . Mandi
          sejuk mengigit tulang ..!!!! Ggggrrrrrhhhhhh..

Roomate : Kan . Time tu kan aku takde baju colour putih (t-shirt) . Aku pakai baju
                  aku yang corak-corak tu .(blouse) . Pinjam tudung ko :'( . Serius rindu wehhh..

Aku : Hahaha...rindukan waktu tu . sobx333 (T ,T ")

Roomate : Hahaha..okay drama sangat .

Aku : Kan..indahnya waktu dulu-dulu..sobx333  (T ,T ")

Roomate : Rindu nak nyanyi lagu UiTM .

Aku : Lama dah weh aku tak nyanyi lagu UiTM . Last nyanyi tahun lepas kalau tak silap aku .

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 hhhhrrrrmmmm...
kalau nak bercerita zaman berorentasi ni 
takkan habis coz banyak sangat kenangan bertanda.
aku kenal dengan roomate aku masa first time 
menjejakkan kaki ke Kolej Pasir Salak blok Cemara no bilik CG17
alhmdulillah sampai sekarang kekal berkawan.
harap-harap persahabatan kita kekal sampai jannah , InsyaAllah
aminn...

tapi roomate aku ni , dia quit .
quit bukan sebab masalah kewangan tapi masalah kesihatan .
sayang sangat-sangat.
tinggal satu sem je lagi nak grad tapi apakan daya
kerana faktor kesihatan .

sekarang roomate aku ngah kerja sementara dapat offer uni .
hari tu dah pergi interview untuk course yang dia minat tu 
tapi rezeki tak berpihak kepada dia .
dia cakap dekat aku
"ko jangan give up dengan course ko . jangan sesekali buat macam aku. 
ye aku tahu ko tak minat tapi ko dah nak grad dah pun . ko teruskan je la
walaupun aku tahu betapa terseksanya ko nak menghabiskan diploma ni ."

yeahh..
semua kawan aku yang kenal rapat dengan aku
tahu betapa aku terseksa nak menghabiskan diploma ni .
aku stay kat situ pun sebab family .
kalau tak fikirkan family dah lama aku quit .
tak tahan sebab aku tak minat course ni..

ps : doakan aku supaya gigih nak menghabiskan diploma aku ni =)

Monday, November 18, 2013

Gerimis

Gambar Dari Encik Google
Gerimis.
.Kenapa dengan gerimis..??? 
Bukan ke kalau gerimis ni sinonim dengan kesedihan .
 Kedukaan . Kesakitan .

Hrmmm..betul la tu . 
Hari ni , pukul 12:56 pm aku mendapat perkhabaran duka dari kenalan kat uni aku .
Masa dia call tu  , hujan gerims turun .
Perkhabaran duka tentang bakal tunang dia  , Abang Amir . 
Aku tak kenal pun sapa Abang Amir ni sebenarnya .
 Aku just kenal dia dari cerita-cerita Hanis je la .
Abang Amir accident dekat Marang , Terengganu .
Kawan aku dapat call dari kakak Abang Amir 
yang menyatakan Abang Amir accident sekian-sekian-sekian dan sekian .

Kawan aku dah la duduk Johor Bharu dan Abang Amir pulak dekat Kuala Terengganu .
Dapat bayangkan tak macam mana perasaan kawan aku tu..???

Aku yang dengar dari cerita dari kawan aku tu pun sebak .
Sampai tak tahu nak cakap apa dekat dia .
Apa yang mampu aku cakapkan dekat dia takziah dan sabar .
Tak dapat nak bayangkan kalau aku ditempat dia .


ps : semoga tabah ye Hanis . Setiap ujian yang Allah turunkan kepada kita , ada hikmah disebaliknya .


Thursday, November 7, 2013

Cerita Hari Ni

assalamualaikum..
morning worlds..morning ke macam dah tengah hari je
matahari pun dah terpacak kat atas kepala.
korang sihat..???
~ kepada sesiapa yang singgah kat sini laa (^____^*) ~

eehheemmm.
~ betulkan suara ~

actually ni blog baru aku
well
nak bukak kisah baru la kan
blog lama tu dah lama bersawang bagai
dah tak larat dah aku nak sental
guna clorox pun tak bersih-bersih
maka aku buat la blog baru
hahahaha

Ni gambar belas ihsan Encik Google :)
kenapa aku buat blog baru..???
ramai followers sangat ke sampai kena buat blog baru..???
ohh 
tidak la..kan aku dah cakap awal-awal tadi
aku buat blog baru coz nak memulakan kisah baru
bukak buku baru la senang cerita
blog lama tu dah ramai sangat kenal aku
maka buat la blog baru
kisah pun baru
kat sini boleh cerita pasal sesiapa je tanpa da limits dan bertapis or berkias-kias
(bukan mengumpat ye..jangan salah faham..!!!)
boleh cerita pasal crush ke
(ooppss..terkantoi plak..hehehe)
dan kat sini jugak boleh menulis dengan nyaman 
tanpa rasa sesak di dada .

hrmmmm
sampai kat sini je la dul aku tulis
tulis pepanjangkan nanti tak larat pulak kepada sesapae yang baca
maka izinkan hamba mengundurkan diri dulu ye..
babai..\(^o^)/