Friday, December 20, 2013

Ketagihan One Piece..!!!

watsap guys..
siapa hantu anime 
sila angkat tangan tinggi-tinggi ye..

harini  aku nak bercerita tentang demam ONE PIECE


sejak dua menjak ni aku ketagih nak tengok one pice
orang cakap one pice ni tak senonoh la , seksi la 
macam-macam la..sampaikan roomate aku pun cakap macam ni
"eeee...ko tengak one pice..??? seksi kot..."


memang la character / figure perempuan dalam anime ni seksi
tapi kalau tengok anime-anime lain pun bersepah jugak yang seksi
lagi azab pun ada .. (nak jugak pertahankan one piece)

aku pun tak tau  sejak bila aku jadi ketagih nak tengok one piece ni
dulu aku ketagih nak tengok detective conan
jenuh la aku duk suruh roomate aku cari siapa yang ada full episode detective conan
tup-tup bila dah dapat tak sampai seratus episode pun aku tengok
terus stop sebab  fade up conan tak berubah jadi shinichi kudo pun
macam tu je..jenuh aku nak tunggu..last-last biar gitu je..
hehehehe

dah stop pasal detective conan
sekarang aku tengah demam one piece
ketagih macam mana ntah..tak tau nak cakap macam mana..
siapa yang kaki anime tahu la macam mana feel dia..

aku sanggup usung laptop aku ke studio semata-mata nak 
tengok one piece sambil tangan buat sketches..
gigih betul..

*oh lupa nak cakap
one piece ni aku mintak dengan classmate roomate aku punya kawan


one piece ni bagi aku bagus tapi anime ni banyak mencarut 
tang tu la aku tak tahannye
lain-lain okey..
sebab apa aku cakap macam tu..???
sebab diorang ada matlamat dalam hidup
walaupun kedengaran macam remeh-temeh matlamat dan impiam diorang
tapi bagi aku sikap diorang harus dipuji
diorang tak kisah badai apa yang melanda
tapi diorang tetap fokus..
fokus mengejar cita-cita yang diimpikan..

lagi satu yang bestnya
erti persahatan antara diorang
persahabatan captain dengan anak-anak buah dia
yang sanggup protect each others..
memang aku salute habis la..

pirate flags ONE PIECE : anak kapal Luffy


NI WATAK-WATAK ONE PIECE

Monkey D Luffy : Captain

Roronoa Zoro : Swordsman

Nami : Navigator

Usopp : Sharpshooter 

Sanji : Cook

Chopper : Doctor

Nico Robin : Archaeologist

Franky : Shipwright


Brook : Musician

Saturday, December 14, 2013

Muhasabah Diri


Ramai orang nak jadi baik, tapi sekerat jalan je niat. 
Sebab ramai sgt orang duk kritik bukan2. 
Ramai juga yang sikit-sikit duk sebut,
 "Hei ini haram, hoi itu haram!" pada orang yang tengah nak berubah.

Don't push-push lah.

Mana ada orang berubah sikit terus jadi perfect perubahan dia.


Tanpa Tajuk

wassap...and greeting to alls..
do you miss me..???
sila muntah lelaju ye...
hehehehe

*well.aku rindu dekat engkau wahai encik blog..!!!

aku kalau boleh , hari-hari aku nak updates entry
nak berstory-mory dengan kau tapi
apakan daya masa dan line tenet amat mencemburui 
kemesraan kita..hahahaha..poyo..

*sorry la aku memang suka merapu..

korang sihat..???
aku , alhamdulillah sihat cuma batuk sikit la..
tekak pun terasa perit bahana batuk..
ubat..???
aku malas nak makan..
setakat panadol dan ubat batuk tu apa la sangat
lagipun tak berapa elok kita amalkan makan panadol dikala demam
kalau tak percaya tanya la doktor..

assignment banyak masyuk dan duit mengalir mengalahkan air paip..!!!
bila assignment banyak ni ,
mula datang angin kus-kus malas


ditambah pulak dengan rencah perisa aku blur + blank 
dengan assignment aku tu
hrmm..memang cukup pakej la 

actually..aku tak sabar nak balik..!!!!
cepat la 19/12..nak balik rumah..
nak suruh mak masak pejeri nenas
*ouchh..kecur pulak liur aku bila berbicara tentang masakan mak..


ok la..aku tak nak merapu pepanjang 
sebab depan laptop di terbentang encik assignment terchenta
kalau aku duk menghadap encik blog je
makan hati berulam jantung pisang la encik assignment tersayang aku ni
kalau dia merajuk habis la aku
*sebab aku tak pandai pujuk..hehehehe

anyway..lain kali aku merapu lagi
muah..muahh..muah...
*sayonara blog-san
hehehehe



Monday, December 2, 2013

Vitamin M mula melanda...!!!!

warrggghhhh...!!!!
kestresan menhantui diri..
fenomena kemalasan mula melanda
 dek kerana telan vitamin M berbotol-botol
vitamin R tak ak makan pulak..!!!!
*sigh
apa punya perangai la... =,="


musim-musim assignment masyuk ni la virus M melandanya
pastu mula malas nak buat kerja

mata pulak kerjanya asyik nak lelap je
terkelip-kelip menahan kuyu
bila nak start buat assignment
 mula la badan buat perangai
berat semacam je nak buat kerja
haila apa nak jadi la dengan diri ini..!!!!

wake up...!!!!
bangun dan berpijaklah pada bumi yang nyata
sedarkan diri dari lena yang tidak berkesudahan
sedar sikit yang empunya diri sekarang berada di tahun akhir
jangan buat perangai macam budak darjah satu..!!!
ce berfikiran matang gok
*geleng kepala



*fighting untuk masa depan
menabunglah ilmu sementara masih diberi kesempatan
gapai selagi termampu...

*bye-bye...nak sambung buat assignment..


Monday, November 25, 2013

HUJAN ASSIGNMENTS bakal turun dengan LEBATNYA..!!!

Selamat petang semua..
nampak tak tajuk entry kat atas tu..???
HUJAN ASSIGNMENTS bakal turun dengan LEBATNYA..!!!


bila bergelar student ni
macam ni la rutin dia..assignment ni macam cuaca
kalau cuaca mendung , memang seronok la nak pergi lepak ke
 hangout dengan member-member ke buat apa-apa aktiviti la

kalau cuaca panas terik membahang
ada ke orang nak pergi hangout atau kepak-lepak tepi pantai
memang takkan ada..!!!
sapa yang nak pergi berjemur masa panas membahang tu
kalau pergi jugak memang percuma je dapat hadiah "terbakar kulit"
aku rasa mat saleh pun tak nak pergi berjemur
walaupun diorang suka berjemur di tepian pantai..

haaa...
macam tu la dengan assignment ...!!!
datang tak berjemput tapi nak pulang kena diiringi dengan burn
yang memerlukan kesabaran jiwa raga untuk disiapkan..

assignment
dia macam air 
ada pasang surutnya..
kalau musim tengkujuh air pasang deras kan
laju je mengalir
kalau musim kemarau slow je air dia mengalir
nak tak nak je mengalir
kadang-kadang kering teruh

malam ni dan malam-malam
yang akan mendatang aku akan tidur
berbantalkan laptop
bertilamkan sketches design , bermimpikan research inspirations
dan berselimutkan dengan drawing  illustration..

warghhh...!!!!


makanya...
boleh ke aku jadi macam quote kat bawah ni..???


hrmmm....
fikir , fikir , fikir dan terus berfikir

*JANGAN MALAS..SEM NI KAN DAH LAST SEM
JANGAN ULANG PERISTIWA SEM LEPAS
JANGAN MALAS
RAJINKAN USAHA UNTUK FINAL SEM NI

~ doakan aku terus gigih buat assignment demi segenggam diploma ~


Homesick..!!!!

wassapp..!!!!
rindu aku tak..???
kalau nak muntah sila muntah sekarang
tapi harus sediakan bakul la
hahahahaha

kenapa tajuk dia
HOMESICK..????

sebab aku tengah homesick sekarang ,
hari esok dan untuk hari-hari yang bakal mendatang selagi
kakiku ini berpijak diatas bumi Perak lagi terchenta ini..
(hati berlagu pilu)

Credits to Mr Google

aku ni nama je dah besar panjang tapi kalau datang Perak ni
mula la demam bagai..

Credits to Mr Google

kalau sebut je nak datang Perak , esok tu mula la selesema la
batuk la , pening la
macam-macam la virus yang datang
macam-macam pe'el  (=,=" )

mak aku pun hairan dengan aku
nak kata tak pernah berenggang dengan family 
aku dua tahun duduk hostel dekat teknik
(first time aku duduk hostel sebenarnya)
tak la sampai menangis nak balik rumah bagai
mungkin masa sekolah teknik dulu 
dua minggu sekali boleh balik rumah
sebab tu kot aku tak homesick
hahahaha

bila duduk uni ni , kena tunggu mid term dulu la baru boleh balik
tu pun lama nak tunggu.
jenuh aku duduk menangis berlagu pilu
duduk bertelefon bagai dengan family
sebulan lebih baru boleh balik rumah
bila cuti pulak , seminggu je
ciput bebeno

Credits to Mr Google
ni pun aku baru je sampai dekat uni
tapi dah terasa nak balik
tak sampai seminggu pun lagi
waaaaaaa
aku nak balik...!!!!
taknak duduk sini..!!!!


 ~ oh pantai timurku bulan 12 aku balik , InsyaAllah :') ~

Tuesday, November 19, 2013

Minggu Destini Siwa = Orentasi (Kenangan Bertanda)

wassap..!!!

entry kali ni aku nak bercerita tentang zaman mula-mula
menjejakkan kaki ke uni .

ENcik Google yang punya :)

boleh terdetik nak bercerita tentang zaman berorentasi ni
sebab ex-roomate aku mesez tadi .


Gambar Encik Google :)


Roomate : Rindu nak berMDS dengan korang :'(

Aku : Hahaha..rindu weyh . Kaki melecet . Bangun seawal empat pagi . Mandi
          sejuk mengigit tulang ..!!!! Ggggrrrrrhhhhhh..

Roomate : Kan . Time tu kan aku takde baju colour putih (t-shirt) . Aku pakai baju
                  aku yang corak-corak tu .(blouse) . Pinjam tudung ko :'( . Serius rindu wehhh..

Aku : Hahaha...rindukan waktu tu . sobx333 (T ,T ")

Roomate : Hahaha..okay drama sangat .

Aku : Kan..indahnya waktu dulu-dulu..sobx333  (T ,T ")

Roomate : Rindu nak nyanyi lagu UiTM .

Aku : Lama dah weh aku tak nyanyi lagu UiTM . Last nyanyi tahun lepas kalau tak silap aku .

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 hhhhrrrrmmmm...
kalau nak bercerita zaman berorentasi ni 
takkan habis coz banyak sangat kenangan bertanda.
aku kenal dengan roomate aku masa first time 
menjejakkan kaki ke Kolej Pasir Salak blok Cemara no bilik CG17
alhmdulillah sampai sekarang kekal berkawan.
harap-harap persahabatan kita kekal sampai jannah , InsyaAllah
aminn...

tapi roomate aku ni , dia quit .
quit bukan sebab masalah kewangan tapi masalah kesihatan .
sayang sangat-sangat.
tinggal satu sem je lagi nak grad tapi apakan daya
kerana faktor kesihatan .

sekarang roomate aku ngah kerja sementara dapat offer uni .
hari tu dah pergi interview untuk course yang dia minat tu 
tapi rezeki tak berpihak kepada dia .
dia cakap dekat aku
"ko jangan give up dengan course ko . jangan sesekali buat macam aku. 
ye aku tahu ko tak minat tapi ko dah nak grad dah pun . ko teruskan je la
walaupun aku tahu betapa terseksanya ko nak menghabiskan diploma ni ."

yeahh..
semua kawan aku yang kenal rapat dengan aku
tahu betapa aku terseksa nak menghabiskan diploma ni .
aku stay kat situ pun sebab family .
kalau tak fikirkan family dah lama aku quit .
tak tahan sebab aku tak minat course ni..

ps : doakan aku supaya gigih nak menghabiskan diploma aku ni =)

Monday, November 18, 2013

Gerimis

Gambar Dari Encik Google
Gerimis.
.Kenapa dengan gerimis..??? 
Bukan ke kalau gerimis ni sinonim dengan kesedihan .
 Kedukaan . Kesakitan .

Hrmmm..betul la tu . 
Hari ni , pukul 12:56 pm aku mendapat perkhabaran duka dari kenalan kat uni aku .
Masa dia call tu  , hujan gerims turun .
Perkhabaran duka tentang bakal tunang dia  , Abang Amir . 
Aku tak kenal pun sapa Abang Amir ni sebenarnya .
 Aku just kenal dia dari cerita-cerita Hanis je la .
Abang Amir accident dekat Marang , Terengganu .
Kawan aku dapat call dari kakak Abang Amir 
yang menyatakan Abang Amir accident sekian-sekian-sekian dan sekian .

Kawan aku dah la duduk Johor Bharu dan Abang Amir pulak dekat Kuala Terengganu .
Dapat bayangkan tak macam mana perasaan kawan aku tu..???

Aku yang dengar dari cerita dari kawan aku tu pun sebak .
Sampai tak tahu nak cakap apa dekat dia .
Apa yang mampu aku cakapkan dekat dia takziah dan sabar .
Tak dapat nak bayangkan kalau aku ditempat dia .


ps : semoga tabah ye Hanis . Setiap ujian yang Allah turunkan kepada kita , ada hikmah disebaliknya .


Thursday, November 7, 2013

Cerita Hari Ni

assalamualaikum..
morning worlds..morning ke macam dah tengah hari je
matahari pun dah terpacak kat atas kepala.
korang sihat..???
~ kepada sesiapa yang singgah kat sini laa (^____^*) ~

eehheemmm.
~ betulkan suara ~

actually ni blog baru aku
well
nak bukak kisah baru la kan
blog lama tu dah lama bersawang bagai
dah tak larat dah aku nak sental
guna clorox pun tak bersih-bersih
maka aku buat la blog baru
hahahaha

Ni gambar belas ihsan Encik Google :)
kenapa aku buat blog baru..???
ramai followers sangat ke sampai kena buat blog baru..???
ohh 
tidak la..kan aku dah cakap awal-awal tadi
aku buat blog baru coz nak memulakan kisah baru
bukak buku baru la senang cerita
blog lama tu dah ramai sangat kenal aku
maka buat la blog baru
kisah pun baru
kat sini boleh cerita pasal sesiapa je tanpa da limits dan bertapis or berkias-kias
(bukan mengumpat ye..jangan salah faham..!!!)
boleh cerita pasal crush ke
(ooppss..terkantoi plak..hehehe)
dan kat sini jugak boleh menulis dengan nyaman 
tanpa rasa sesak di dada .

hrmmmm
sampai kat sini je la dul aku tulis
tulis pepanjangkan nanti tak larat pulak kepada sesapae yang baca
maka izinkan hamba mengundurkan diri dulu ye..
babai..\(^o^)/