Tuesday, May 20, 2014

Y.O.D.A


thank you YODA for giving me an opportunity to take part  in Pesta Belia for this year
An honour will be held on 23rd May-25th May at Menara Usahawan Presint 2, Putrajaya .



 Do come and support us 
This event will showcasing 15 asian designers and local designers
 to take part in fashion showcase .


Designers List

Walaupun tercalon tapi aku terpaksa tarik diri 
sebab kesihatan tidak mengizinkan..kalau ada rezeki
In Sha Allah lain kali ada lagi...
Right..???





Sunday, May 18, 2014

Tahniah & Bangga Dengan Korang..!!!

asssalamualaikum dan salam satu UiTM diucapkan... *kenyit mata

sebenarnya ni post bidan terjun...
disebabkan harini merupakan hari konvo batchmates aku maka aku dengan berbesar hatinya nak mengucapkan tahniah sebab target masing-masing untuk tamatkan zaman diploma dengan rasminya tamat...teeeettt...!!!! ( letupan bunga api )


haishhh....
kalaulah dua sem lepas aku buat peranggai yang senonoh ,
 harini dah merasa pakai jubah konvo..
tapi disebabkan akal terlebih cerdik sangat waktu tu
maka tak dapat la merasa konvo arini..hrmm...
ceitt...!!! bikin syahdu la plak  =,=" ( hahahaha )

orang cakap benda yang lepas jangan diungkit..
jadikan ia satu iktibar dan pengajaran untuk hari esok
bagi  menentukan langkahan kita
 tidak akan sesekali terpesong dari trek larian yang betul...right..???

well..aku pun bakal konvo jugak.. yeahhh,,,!!!
tahun yang sama cuma berlainan bulan je.
.makanya takyah nak sedih-sedih sangat la kan..???
insyaAllah kalau tiada aral melintang bulan November ni merasa la konvo...
merasa la test jubah segala bagai..
kalau bertuah mana la tahu kot-kot terjumpa jodoh waktu tu..
( ceh..dan-dan ye fikir pasal tu..??? *hahahaha ;)

disini aku nak sharekan sekeping gambar convocations batchmates aku..
 Rindu korang...!!! 





Tahniah korang...!!! much love dari aku..  =D

Sunday, May 11, 2014

K.E.M.E.N.A.N.G.A.N

09 Mei 2014 = RESULT KELUAR..!!!
------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------

 ( 09 : 40 am)
Nazz : EG camne result ko EG ???

(11 : 20 am)
Aku : Aku tak bukak pun lagi . Aku bangun tido , habiskan novel (KELABU) .
 Pastu termanggu-manggu depan laptop . Dia punya neves , sampai aku jadi paranoid . Dahla semalam aku mimpi pasal ressult . Mimpi yang indah plak tu . Sampaikan aku bangun tido jadi confius plak . Dan aku takut mimpi tu tak seindah realiti. Sesungguhnya aku sangat takut .!!!!! (emoticons menanggis ) Ko dah checked result ke..???

(12 : 18 pm)
Nazz : Ya ALLAH..panjang sungguh explanation . Dah aku dah tengok result aku . Aku dapat 3 something . Tak dekan pun.. (emoticons senggih tayang gigi)

(12 : 36 pm)
Aku : Hahahahaha...tahniah untuk ko . Aku dah check . Yeaahhh....!!! terasa semua beban yang aku galas sepanjang bergelar budak fesyen , harini dengan rasminya aku tamat . Get ready untuk cari keje plak . Hahahahaha.. (emoticons senggih tayang gigi)

Nazz : Alhamdulillah..tahniah EG . Akhirnya ko grad jugak . (emoticons senyum)

Aku : Tu la..berkat kesabaran lecturer dengan perangai terlebih cerdik aku ni , merasa la aku grad sem ni . Banyak kot aku terhutang budi ngan lecturer aku...
lagi-lagi ngan En Khalik .!!!!

-------------------------------------------------------------------------------
sepanjang 3 tahun menjadi penghuni Fakulti Seni Luki Dan Seni Reka UiTMSI
hari  ini aku boleh tarik nafas tanpa sekatan yang terbelah bagi lagi..
tanpa dibelenggu tali-tali ikatan yang menjerut leher...
  bebanan yang aku galas selama ini akhirnya terlerai dengan senggihan yang memanjang
senggihan yang menyimpan seribu satu cerita sepanjang bergelar budak fesyen..!!!

Alhamdulillah...
maka dengan ini tamat la sudah 
sesi perchentaan penuh drama aku dengan course fesyen..!!!
tiada lagi senyuman pahit terukir di pinggir bibir..
tiada ungkapan selain bibir terherot dengan senyuman kemenangan...
terima kasih ya ALLAH diatas nikmatMu ini....




Tuesday, May 6, 2014

KELABU


heya..wassap guys...
rindu aku tak..??? (senggih malu )
well..dua tiga menjak ni otak aku bercelaru sikit..
sejujurnya mungkin sedikit ting-tong disebabkan dengan kekangan perasaan bercelaru 
nak berchenta dengan inche blog pun hati rasa kegelisahan je...
orang cakap kalau nak mengayat pun takde feeling
hahahahhaha...
okeyh..drop merapu-meraban..
mari kita terus ke pokok pangkal utama...

ermmmmm...(betulkan kahak yang tersepit..!!!)
---------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------

kau tahu , ni first time aku beli karya Nadia Khan..
sebelum ni tak kenal pun sapa dia ni...
tapi entah macam mana satu hari nan hening lagi indah... 
sang bumi disinari suria yang "memetir" kepanasan , aku terdetik nak terjah website fixi...
punya la banyak list novel dekat situ , mata aku boleh terpaut dekat KELABU ni..
hati apa lagi memalu irama kencang...dup..dap..dup..dap
ahhh...senang cakap macam kau jatuh cinta dengan bf / gf korang la
rasa dia macam tu la...feel dia tu sampai masuk mimpi..
hahahahhaha (hiperbola sangat)

KELABU sangat best..!!! 
walaupun baru berjinak "mengulam cinta" dengan NADIA KHAN
 tapi bibir tak terlepas dengan senggihan memanjang...anggau tahap overloaded...!!! 
dia punya bahasa boleh buat jiwa yang "kegersangan" jadi hidup beranak-pinak...
no wonder la boleh jadi top10 novel terlaris 
----------------------------------------------------------------------------
*actually aku belum habis baca lagi KELABU ni 
tapi sebab excited sangat nak updated blog aku korbankan masa sekejap..
kau bayangkan lah macam mana aku nak habiskan 
kalau belek muka surat pun , aku macam terbayang muka Amir je
(imaginasi sangat..hahaha)
tapi sepanjang aku baca ni memang hati aku terbuai bahagia macam kena pinang la...
kalau tak percaya try la baca... (^_______^)
(ke aku je yang berperasaan macam tu..???)

okeyhla...tak nak merapu pepanjang nanti kenikmatan untuk menerokai KELABU 
jadi layu macam pokok yang terkurang nutrien baja pulak...
kalau aku dah khatam KELABU ni  , nanti aku citer lagi dekat korang ye...

 ~ bye-bye...muah stepek :*) ~


Rahsia Penciptaan Buah Delima

----------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,

" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].


Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

Sunday, May 4, 2014

Mandi Pagi


------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan;

Mandi Pagi
Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi...
 Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa ). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi saw juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sama-samalah kita mengamalkannya. ......


Sabda Nabi saw; Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan,
 Allah akan menggandakan kebaikan 10 kali kepadanya.

~Salam Ukhuwah.~

Saturday, May 3, 2014

M.E.N.A.N.T.I =)

------------------------------------------------------------------------------------
sangat mendalam ohhhh maksud dia =D
------------------------------------------------------------------------------------

kepada awak yang bakal saya jumpa (tak tahu bila)
walau dimana awak berada moga selamat hendaknya...


*senyum

Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

---------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------

Ramai orang kata tak elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

 Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.


Friday, May 2, 2014

T.E.R.K.I.L.A.N

---------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------
inche blog aku tak tahu macam mana nak mula...
sebab aku ,bukan seorang yang mudah membuka hikayat dengan sewenang-wenangnya
rasa terkilan..sangat-sangat terkilan...
dengan teman yang berikrar untuk setia seiring sejalan buat aku macam ni..
kecewa "membaja" hati..!!!!(tumbuk dinding)

bila "kegersangan" duit maka akulah diserunya..
mulalah bermanis mulut melemparkan bicara..
masa susah cari aku..
gamaknya aku ni seorang pegawai tabung kebajikan..
masa "kering-garing" poket jeans tu akulah yang dilambai-lambai tangan "menahan"..
bukan nak mengungkit ke apa..
tapi sekadar melampiaskan rasa yang tersirat..

sebelum susah , sepi diulit kebahagiaan barangkali..
kalau nak cakap handphone takde kredit ,
whatsapp , wechat , facebook , twitter , instagram , email , skype
ada kot sebagai medan penghataraan untuk berhubungan
tapi engkau sunyi-sesunyinya...
aku memang macam ni..suka buat hal sendiri..
mana yang aku rasa aku boleh tanggung aku tanggung..
kalau beban yang digalas tu dah tak lalu nak dihadam baru aku lepas...

aku tak reti nak meluahkan dengan orang yang buat aku tersinggung
sebab jenis aku makan dalam..simpan sendiri...sakit sendiri...
tanggung bersama lelehan kesakitan..!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
*senyap tanpa bicara kata bukan bererti aku "mati"
tapi memerhati dari jauh apa langkah yang akan kau buat..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tengok sejauh mana dia nak main wayang...sampai masa aku akan cakap "cut"
*minum kopi  cicah biskut merie =D


T.E.R.A.S.A.???

--------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------

facebook : 

“Diperbodohkan itu tak apa kalau cuma hanya sekali. Tapi rasa bodoh bila dah bagi lagi, langsung tak dihargai..” --BSA

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
wechat :
 "Kau kawan dengan aku sebab apa..???"
#lalang dihembus angin


Dia : Kau tuju dekat aku ke EG status tu..???
Aku : Ha..??? Status mana ..??? (sebab banyak sangat aku buat naik status *hati)
Dia : FB dan wechat
Aku : Owhh..status tu ke..??? Aku tak tuju dekat sapa-sape eh..Semalam aku ada baca novel lejen
(ROKOK NAN SEBATANG)..dia cerita pasal persahabatan..kawan tikam kawan..pasal makanan...
Dia : Best tak citer tu??? Anak sedara aku ada beli..
Aku : Tatau nak cakap la Eway sebab lain orang lain la taste dia..Bagi aku best la sebab aku suka..gaya dan bahasa dia aku suka..style...even citer dia macam tu , tapi ada isi..
(*senyum...nak psiko eh..???)
Dia : Senyap
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
kenal berkurun abad bukan satu tiket 
untuk kau baca perangai seseorang 
macam kau hafal sifir 5...
sebab manusia itu berubah-ubah.. 
dalam 5 minit pun macam-macam boleh jadi inikan dah bertahun-tahun..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

*sebenarnya itu untuk kau..
tapi atas tiket persahabatan yang berkurun terjalin aku simpan rasa terkilan..
kelak kau terasa..#jujur itu sakit #tipu makan diri  =,="

*kalau tak salah buat apa nak sentap..kalau dah sentap itu namanya..????
(kau buat salah dengan aku la tu makcik..!!!)