pada awan , aku mahu berlari di atasmu..
pada langit yang tinggi , aku mahu menggapai mu,,
pada bulan , aku ingin mendakapmu..
pada bintang , inginku memetikmu..
pada angin yang lalu ,
inginku berteriak sampaikan salam rinduku kepadanya..
khabarkan kepadanya bahawa aku setengah mati merindui..
----------------------------------------------------------------------------------------
aku ingin berlari pergi..
meninggalkan kisah silam yang menghantui..
sampai kapan aku harus begini jika aku tidak coba untuk bangkit berdiri..
aku ada impian yang aku sandarkan..
aku ada cita-cita yang ingin aku laksanakan..
salahkah insan seperti aku mempunyai cita-cita..???
salahkah insan seperti aku ingin menyulam cinta..???
apa insan seperti aku tidak layak membina bahagia..???
apa tiada ruangkah untuk aku memberi rasa..???
siapa engkau untuk menunding jari kepada aku..???
jika tidak pernah menghulur tangan memberi bantuan..
aku tidak mengemis rasa simpati darimu..
cuma aku ingin engkau mengerti apa rasaku..
cuba dengari dulu bicara aku..
dengari apa yang cuba aku omongkan..
jangan gopoh menjatuhi hukuman..
#secebis ungkapan nyanyian rasa hati..
No comments:
Post a Comment