Thursday, January 9, 2014

Assalamualaikum Cinta, Waalaikumussalam Rindu.. :)


Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain.
 Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain 

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. 
jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. 
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama

Saya tidak akan sentuh anggota yang membatalkan wuduk kecuali hati awak.


Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang.
 Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam.
 Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. 
Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..♥♥


No comments:

Post a Comment