Friday, February 28, 2014

R.A.S.A

------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------

kalau rasa kekosongan itu biasa ditukarkan dengan wang ,
nescaya sudah beratur panjang manusia di kaunter-kaunter bank..
tapi rasa itu tidak bisa diukur dengan wang..tidak bisa diconggak dengan penimbang...
rasa itu lahir dari hati..dimana rasa gembira-sedih-muram disenyawakan..
-------------------------------------------------------------------------------------

buntu..??? sudah tentu..!!!

kekadang rasa itu begitu menikam..
sampaikan tertidur bila memikir tentang "dadah" mana yang perlu aku telan
untuk mengkhayalkan aku dari dunia realiti..tapi realiti selepas aku "hidup"
dari khayalan itu , aku lebih sakit dan perit..!!!
ingin aku berlari tapi arah mana yang perlu aku tuju..???
adakah arah utara-selatan-timur-barat..???
mungkin dengan mengikut jejak-jejak itu aku akan rasa kekosongan itu terubat..???
atau  aku hanya perlu berserah pada takdir Tuhan..???

mata..???

sudah penat untuk mengalirkan sungai..
airnya sudah gersang untuk mengalir sampai aku memerlukan hujan untuk membasahkan..

----------------------------------------------------------------------------------------


# nyanyian rasa hati yang berlagu pilu.. =')



Thursday, February 27, 2014

Renungan Bersama..(Adakah Hati Kita....)

--------------------------------------------------------------------------------------


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan untuk mengadap Allah selepas mati.

Sedangkan orang yang kurang waras ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.” (Riwayat Tirmizi).

----------------------------------------------------------------------------------------------

"Dosa itu menggoncangkan hati" Apabila kita melakukan dosa, hati kita sentiasa berada di dalam keadaan berdebar, bergetar, gelisah, cemas, takut, bimbang dilihat atau diceritakan oleh orang lain. 
~ Ibnu Mas'ud ~


M.O.T.I.V.A.S.I

----------------------------------------------------------------------------------------------



----------------------------------------------------------------------------------------------

status wechat : 24 feb 2014 / 19:08 pm

jatuh sampai jeans rabak tu sakit..
tapi kalau jatuh dan terus tak bangkit-bangkit tu lagi perit .!!!
realiti tak seindah fantasi..ianya hanya gurauan mimpi..
kalau terus khayal itu namanya terlebih "syabu".
#tampal senyum bisu 

Comment :
Mira : Selalu best quote yang kau share ..(tumbs up)
Aku : Ni la hasil bila selalu baca buku lejen..hehehehe
Piko : EG , ni buku tajuk apa ? Nak bacaaaa...
Aku : Mana ada....ni quote aku buat sendiri la..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

gaya status kau boleh mencetuskan motivasi dalam diri seseorang .( via inche roomate )
---------------------------------------------------------------------------------------------------

mentunaskan rasa untuk berubah..menjentik satu rasa untuk keluar dari kepompong kegelapan ..
tapi aku , sebagai empunya status masih lagi ditakut lama..masih merenung kegelapan..
masih tercari-cari sinar cahaya...
ya..aku tahu untuk berubah tu satu nilai yang sangat besar untuk dilangsaikan..
banyak kehendak yang perlu dititik beratkan..
banyak yang perlu dihitung..banyak aspek yang perlu diconggak.
aku nak berubah sikap..tapi aku tak kuat..tak suka bila serabut macam ni..
stress dia lain macam kalau otak dah berselirat...
sekejap dia boleh rasa  gembira-marah-sedih-murung
rasa kosong walaupun sekeliling bising..
aku rasa ni bukan diri aku..kebebasan terasa diragut pergi..
terpenjara dengan perasaan walaupun jasad aku bebas..
"menangis la kerana menagis boleh mengurangkan bebanan "
tapi air mata enggan mengalir keluar...:cry: :cry: :cry:
adakah aku perlu menerima satu tamparan yang kuat
baru aku boleh bangkit setelah tahu betapa peritnya rasa itu..????

----------------------------------------------------------------------------------------------------

pengecutkah aku bila selalu lari dari realiti..???
.. adakah aku yang terlebih "dadah" ..???  

Tuesday, February 25, 2014

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar

-----------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------

Di padang Mahsyar nanti, Matahari berada hanya sejengkal dari kepala manusia.. bayangkan betapa panasnya pada ketika itu.. Bayangkan 1 hari di padang Mahsyar bersamaan 50,000 tahun di dunia..
Manusia akan berada dalam keadaan bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berasak-asak, bersusun-susun, bertindih-tindih.. Tanpa mengira agama, bangsa, negara, darjat, pangkat atau keturunan.

Di kalangan manusia itu, ada yang berpeluh-peluh.. Ada yang peluhnya hingga ke buku lali. Ada yang peluhnya hingga ke betis.. Ada yang peluhnya hingga ke lutut.. Ada yang peluhnya hingga ke pinggang..
Ada yang peluhnya hingga ke pusat.. Ada yang peluhnya hingga ke dada.. Ada yang peluhnya hingga ke dagu.. Ada yang peluhnya hingga ke bibir. Dan ada yang tenggelam dalam peluh!

Tetapi ada golongan yang mendapat naungan arasy Allah yg redup di padang Mahsyar.. Sesiapa yg mendapat naungan ini, dia tidak akan merasa panas terik matahari itu.

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar:-

1. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadah
2. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan cantik dan rupawan tetapi menolaknya
3. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
4.Pemerintah yang adil
5. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
6. Orang yang banyak besedekah dengan ikhlas
7. Orang yang selalu mengingati Allah dan bertaubat atas segala dosa-dosanya


~ Semoga kita menjadi salah satu antara 7 naungan itu... AMIN ~


Sunday, February 23, 2014

A.K.U # 10


-----------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------

cakap memang gampang..
tapi nak seiring dengan perbuatan tu ,
hrmmmm...mahu merenik keluar peluh..
#kehidupan ... =,="

--------------------------------------------------------------------------------
orang duk suruh move on..move on tu ingat sesenang makan pop corn ke..???
makan masa tahu tak..!!!
kalau benda yang nak kena lupa tu setahun sekali je "datang menjenguk" ,
tak pa la jugak..ni benda yang duk kena menhgadap hari-hari ,
makan masa la wei nak lupa pun... =,="

--------------------------------------------------------------------------------
hidup ni terlalu complicated .
semakin meningkat umur , semakin banyak keputusan yang perlu dibuat .
keputusan yang bakal mencorak masa depan..
setiap keputusan yang dibuat tu perlu dikati dulu
sama ada ianya membawa kebaikkan atau pun keburukkan...

--------------------------------------------------------------------------------
berfikir di luar kotak..tapi masih terpenjara dalam keegoan..
hrmmm...macam mana tu ye..???
#dewasa ini amat memenatkan...=,="

KISAH BENAR TENTANG SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL- QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

ASSALAMUALAIKUM..

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung.
Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?. 

Bila bertanya kepada orang kampung mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya. Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan juga seorang imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairanan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat
mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku,
jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya
kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Marilah kita
menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari utk mbaca.
Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sesuatu yang sangat penting untuk kita sedar,
 bukan hak kita untuk menghukum seseorang di atas kejahilan nya 
tentang satu-satu aspek dalam agama, 
mungkin dia lebih pada aspek yang lain. 
 sebab yang paling berhak untuk menilai adalah Allah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

~  via FB Fedtri Yahya  ~

Friday, February 21, 2014

A.K.U # 9

cakap memang senang..
segampang makan kuaci sambil tengok tv...
contoh senang yang tak nak seliratkan urat saraf ialah,,,
macam kau buka pili paip..
automatik air akan mengalir dengan kencang..
tapi...
perbuatan dan cakap merupakan dua benda yang berbeda...
macam orang bagi nasihat..
dengar boleh..buatnya belum tentu..
ye dakk..????
#tepuk dada tanya akal.. (^______^)
-----------------------------------------------------------------
menulis nasihat atau memberi nasihat dekat orang lain sangat senang
tapi untuk menasihatkan diri sendiri
hanya Allah yang tahu betapa peritnya nak buat..
memotivasikan diri sendiri lagi susah berbanding untuk memotivasikan orang lain..
seperti apa yang aku buat sekarang ni la...
tangan begitu pantas berlari di atas dada  key words laptop...

-------------------------------------------------------------------------
otak kosong....sekosong dada langit sekarang..
bintang dan bulan seolah malu untuk menyerlahkan diri...
cengkerik pun diam..apa yang aku dengar sekarang adalah derusan kipas...

--------------------------------------------------------------------------------
hari berlalu begitu pantas..
kekadang di minda tidak terlepas dengan bicara
"apa jurnal aku untuk hari ini..adakah putih atau pun hitam"
kitaran hidup yang berterusan selagi masih dipinjamkan nafas untuk berhembus..

--------------------------------------------------------------------------------------
senyuman yang diukir pun terasa payau..terasa sesuatu yang diragut pergi..
terbias di raut wajah..seolah suara dalaman merintih kesakitan..
senyum untuk mengaburi mata-mata yang memandang..
namun senyuman yang diukirkan tidak sampai ke dasar hati...

-----------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------

" You're so fake . "
" Which part of me is fake.? "
" Your smile . "

~ via twitter @budaktomato ~

--------------------------------------------------------------------------------------------
#kosong..!!!!!!

Wednesday, February 19, 2014

A.K.U # 8

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
kadang-kadang apa yang dirancang tidak seindah yang difikirkan..
ada ketika ianya memerlukan pengorbanan yang sangat nyata 
sampaikan melukakan hati banyak pihak..
tersepit dengan keadaan...
tapi memerlukan kesabaran untuk menghadapinya..
menangis bukan menyelesaikan masalah 
tapi boleh mengurangkan bebanan yang digalas..
semat dekat hati "aku harus kuat untuk orang yang aku sayang"
walaupun goyah menanti tersungkur jatuh..
#tampal senyum plastik =')

Sunday, February 16, 2014

P.A.Y.A.U


kejujuran itu menyakitkan
tapi tak mematikan...
kebohongan itu menyenangkan 
tapi tak menyembuhkan..
#aku penghibur - blogger

-------------------------------------------------------------

berdiam diri lebih baik dari meluahkan..
bagi aku , biarlah aku sakit sendiri dari melihat engkau jatuh..
sakit bagai ditusuk belati nan tajam..tapi setajam-tajam belati ,
tajam lagi lidah manusia..terima kasih atas "hadiah" itu..
akan ku ukirkan senyuman untukmu sahabat
walaupun aku menanti masa untuk roboh...
mungkin seulas senyuman mampu mengaburi mata engkau
melihat aku yang "sakit" ni..
selagi terdaya , aku ingin membahagiakan engkau
walaupun untuk seketika cuma...
aku sayang kau sahabat..
tolong sematkan di dalam hati kau..
#rasa - hati seorang aku

-------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------

if you find someone who makes you smile , 
who checks up on you often to see if you're okay , 
who watches out for you and wants the very best for you ,
 don't let them go .
 keep them close and don't take them for granted. 
people like that are hard to find..

----------------------------------------------------------------------------------------

# IN THE NAME OF FRIENDSHIP..
SAHABAT UNTIL JANNAH , INSYAALLAH  (^____^)

S.A.H.A.B.A.T

---------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------

peraturan berkawan , 
kena saling hormat pendirian
#contengan jalanan - k2

----------------------------------------------------------

sahabat bukan sekadar soal siapa yang mampu menggembirakan 
tapi siapa yang mampu bersama kamu hingga saat akhir..
#dendam anak jagoan - mak jah

-----------------------------------------------------------------

aku sayang kau kerana kau sahabat aku..
tak kisah la kau comot ke senget ke janji kau setia 
dan tahu etika persahabatan itu sudah memadai bagi aku..
masing-masing punya pe'el masing-masing..
ada undang-undang yang telah digariskan..
selagi berpaksikan undang-undang tu , 
hal remeh-temeh boleh ditepis dengan sebelah tangan..
#sahabat - EG





Friday, February 14, 2014

Bila Balik Tanah Jajahan..

yooo..my sunshine
miss me..???
--------------------------------------------
walawei rasa macam tak caya je
yang aku dah kembali menjejakkan kaki ke tanah jajahan besut


walaupun aku balik sekejap je...
orang kata tak berbaloi balik sekejap 
sebab buat sakit pinggang plus duit hangus je..
arghhhh...!!!!!
peduli apa..janji aku boleh balik..
titik..!!!!!

lagipun sebelum aku balik , aku memang dah inform awal-awal dekat mak
yang minggu ni aku nak balik
mak aku cakap macam ni je bila aku buat usul nak balik rumah
"kalau rasa ada duit balik la"
makanya bila dah dapat green light macam tu
aku apa lagi terus grab teksi ke terminal tiket la...

bila dah menjejakkan kaki ke tanah jajahan ni
terasa semua masalah terbang melayang
rasa sebebas-bebasnya tanpa sekelumit pun galau dihati
walhal kerja aku bertingkat-tingkat menggalahkan KLCC..!!!
hrmmmm.... =,="

sebenarnya aku balik ni pun bersebab
kerana assignment terchenta la aku balik
tapi kalau tak disebabkan assignment pun , memang aku nak balik
tak larat dah nak makan hati berulamkan jantung pisang dekat sri iskandar tu
dah penat bermain emosi dari segi mental dan fizikal

jadi sebagai satu langkah jalan penyelesaian kerumitan yang menghujani aku tu
aku pun dengan berani plus pengecut sikit-sikit
tetap teruskan plan nak balik rumah...
hahahahahahahaha
kamikaze tak aku..????

*tak sabar nak makan ketupat sotong...
urgghhhhh...!!!
 kecur air liur aku membayangkan rasa ketupat sotong buatan mak..




Wednesday, February 12, 2014

Hadis Nabi

Rasulullah SAW bersabda,

“Di muka bumi ini, 
tidak ada seorang muslim pun yang memanjatkan doa kepada Allah 
melainkan Allah pasti akan memberi hal yang dipintanya
 atau Allah akan memalingkannya dari keburukan yang senilai dengan isi doanya, 
sepanjang dia tidak memohon doa yang mengandung dosa 
atau pemutusan hubungan kekerabatan.” 
(H.r. Tirmidzi dan Ahmad; dinilai sebagai hadis hasan-sahih oleh Al-Albani)




Tuesday, February 11, 2014

A.K.U # 7

aku arah hidup aku..!!!
kau siapa nak persoalkan rentak langkah aku
as long as benda yang aku buat tu
 tidak bertentangan dengan ajaran agama
rasanya tidak salah
walhal mak aku pun tak bising-bisang nak marah

tapi engkau
sebagai outsiders takyah la duk bising-bising..
aku tak kacau pun life kau
yang kau duk sibuk nak tau diari kehidupan aku tu kenapa..????
kisah aku suka hati aku la
jaga kain kau tu dulu 
aku takut terlondeh je 
sebab kau terlalu kalut nak mengetahui hal aku..

nak tau tak..
mulut manusia la paling susah nak ditutup
virus yang paling bahaya selain surat layang
atau dengan erti lain fitnah..
fitnah yang bisa membunuh jiwa
mematikan degupan hayat seseorang dalam senyap..

macam ni la..
kepada engkau , aku ucapkan ribuan terima kasih la
sebab concern pasal diri aku..
tapi satu aku nak pesan..sebelum kau jaga aku tu ,
apa kata kau jaga diri kau tu dulu,..

aku bukan nak berlagak yang diri aku ni perfect sestraight pembaris
aku pun banyak bengkang-bengkok..
banyak lopang kiri-kanan-depan-belakang..
bukan nak cakap besar
tapi jaga diri kau dulu baru jaga diri orang lain..
tu je pesan aku..
harap kau mengerti la..
tolong gunakan akal yang Allah bagi tu
dengan sebaiknya.. 
-------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------
*selagi boleh sabar..aku akan sabar..
tapi sabar seseorang pun ada limits dia jugak..
jangan sampai satu tahap aku meletup
masa tu...aku dah anggap kau dah mati dalam hidup aku..

*selepas aku tutup buku persahabatan kita
jangan harap aku nak buka balik hikayat  kisah persahabatan tu
aku boleh memaafkan kau
tapi untuk melupakan apa yang kau telah buat ,
maaf aku belum cukup kuat lagi..


# take care kawan...
SAYONARA..!!!!!

Monday, February 10, 2014

A.K.U # 6

fade up aku nak menghadap si photoshop ngan illustrator ni..
kenapa la dia wujud..????
aku paling menyampah dengan subjek ni..
selain aku tak minat
dia merupakan salah satu faktor penyebab laptop aku hang..!!!
dan subjek ni membuatkan aku stress
sampai  nangis..

lepas ni kalau nak sambung degree
jangan cari course yang boleh buat kau jerut tali dekat leher..
tu namanya tempah bala sesaja..
cari course yang boleh buat kau riang gumbira
 macam kanak-kanak terlebih minum ribena
baru la nak belajar pun senang
bila buat kerja..takla sakan merunggut bagai
muka tu pulak tak la sekeruh air banjir kilat
bila buat kerja dengan ikhlas ni
hati jadi tenang wooo...
macam kena siram dengan ais
sejuk dingin je..

GAMBAR NI TAK DE KENA MENGENA DENGAN ASSIGNMENT AKU..!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*minum kopi sambil didendangkan irama katak berlagu riang
--------------------------------------------------------------------------------------------
*luahan hati yang tak tertahan..
senyum payau..

Mata Panda..!!!!

warghhh...!!!!
terkejut aku bila tengok muka sendiri dekat cermin..
rasa macam nak hantuk kepala dekat pintu..=,="
*tarik nafas..hembus..tarik nafas hembus..
bawak bertenang wahai inche hati


aku tak cukup tidur sebenarnya..
sejak dua menjak kebelakangan ni la
lepas tu aku pekena pulak nescafe
memang..perghhh..cukup rencah perisa la...
untuk menampakkan muka aku macam orang sakit..
*arghhh...trauma aku..!!!



lepas tu kan..
aku rasa punca mata aku jadi "panda"
sebab kuat duk mengadap laptop rasanya..
bukan ngadap buat kerja
 tapi...
ngadap One Piece..!!!!
pastu kerja aku pun bertimbun-timbun tak siap..
nak-nak kerja aku yang kena pakai illustrator & photoshop
memang subjek yang kena duk berchenta sakan dengan benda alah ni
aku kurang berkenan..
atau dengan kata lain
subjek aku tak suka..!!!!!
subjek yang selalu buat aku leleh...
*sob..sob..sob..
----------------------------------------------------------------------

okeyh la..
lain kali pulak ye aku updates..

see ya...
babai..\(^ o <)/

Saturday, February 8, 2014

A.K.U # 5

___________________________________________
yooo..my little fella
miss me..????
___________________________________________

rasa kosong walaupun sekeliling aku ,
aku dikelilingi teman bercanda..
rasa kosong itu membuatkan air mata
begitu rapuh untuk menggalir laju..

kesepian itu begitu menikam kalbu
sakit yang bisa merobek hati..
hrmmm...
aku hanya mampu mengeluh lesu..
lelah mengdogak mencari arah
kelam bak malam
walaupun hari disinari sang mentari..

kekadang aku bertanya
apa yang aku mahu dalam hidup..
apa erti sebuah kejayaan 
apa makna kebahagiaan
 jika hati berlagu pilu setiap malam..
perlukah aku menjerit sekuat hati bahwa aku kesunyian 
ahhhh....
persetankan...itu bukan aku..!!!!
menjerit buas seperti itu seakan mencari publisiti murahan..

biarlah aku sendiri..
menggadu kepada member pun 
bukannya kawan tu boleh buat apa pun..
apa yang boleh dia buat
habis-habis bagi nasihat..
itu jela yang mampu dia buat..

biarlah aku sujud menggadu kepada 
sang Khalik yang setiap masa dan ketika
bahkan tak pernah alpa memerhatikan hambanya..
itulah sebaik-baik tempat untuk menggadu..
untuk berkeluh-kesah
DIA Maha Mendengar..


" kebahagiaan itu selalunya dirasakan tanpa suara .
 jika kita terpaksa "menjerit "
untuk memberitahu orang lain yang kita bahagia ,
 kita sebenarnya belum bahagia. ! "
~PAHROL MOHAMAD JUOI~

Friday, February 7, 2014

Jadikan ikhtibar.... Allah...

Inilah Sebuah Takdir..

Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh. 

Dipendekkan cerita mereka pun disatukan.

Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara.

Isteri: "Boleh saya terus terang?"

Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu-malu."

Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya."

Suami terdiam. Nampak seakan terkejut.

Suami: "Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah."

"Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..."

Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya. 

Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina!

**

Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian...

Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.

Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk 'Zalim',

"Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!"

Tertusuk seketika kalbu pemuda. Tuan guru menyambung lagi,

"Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi. 

Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu."

"Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat. 

Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.

Disebut dalam hadis Qudsi, 

'Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.' (HR al-Thabrani)

Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?"

Tup !

Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya.

Doktor yang merawat masuk ke biliknya. 

Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan."

Pemuda: "Apa ya?"

Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia."

Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un."

Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu."

Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.

Perlahan-lahan dibacanya,

"Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita. 

Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri.

Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat. 

Maaf bila saya tak sempurna."

Pemuda kehilangan kata-kata. 
Tumpah seribu air mata

Cerita Asal : Muhammad Rusydi