--------------------------------------------------------
zaman diploma kena beli barang-barang jahit + kain
zaman sarjana muda kena beli buku + novel
dan kena buat research pasal novel semua bagai...
---------------------------------------------------------
semester baru sahaja bermula.. (semester 1)
minggu pertama di Shah Alam dipenuhi dengan pemantapan sahsiah diri
dikenalkan dengan orang kuat fakulti sampai aku terpegun kelu..!!!
rasa teruja + semangat yang berkobar-kobar di dada
alangkah bertuahnya aku kerna dapat menjejakkan tempat ke kampus ni..
walaupun jauh dari bandar , tapi alhamdulillah kampus ni boleh buat aku hidup
pertama kali datang meninjau kawasan , "serius aku pegun . sebetulnya terkejut ."
EG ,
bersyukurlah sekurang-kurangnya kampus ni tak di kawasan pedalaman
yang jauh dari segi arus kemajuan . setakat pergi ke bandar naik rapidKL tu , normal la
dulu masa mula-mula duduk Sri Iskandar pun , kau naik bas roadway jugak bila nak pergi
rumah Mak Tam .
jadi jangan banyak bunyi . dalam hidup ni , kita kena belajar hidup susah .
jangan jadi terlebih manja . setakat naik bas tu , pejam mata je la untuk seketika .
kan lepas mid term break , Pak Ngah Li nak post motor . jadi bersabar la .
dah nama pun tempat baru , mesti la kena bermula dari bawah balik .
sini , aku tercampak jauh dari inche roomates + classmates . memang rasa awkward sangat
bila nak mulakan sesi suai kenal dengan kawan baru . nak-nak pulak aku menyewa diluar. lagi la rasa krik-krik . tapi kalau kita tak mulakan dulu , orang takkan pandang kita .
right...???
memang nak mulakan sesuatu yang akrab tu agak sukar dek kerana aku berstatus NR .
masa diploma dulu , dari mula pijak tanah Sri Iskandar sampai grad muka yang sama je duk menghadap . memang ukhwah yang terjalin tu tersimpul ketat .
------------------------------------------------------------------------------------------------------
course yang aku ambik ni , boleh dikatakan berat jugak (bagi aku la)
sebab banyak guna otak + akal + kreativiti + rajin membaca + mengingat cerita
memang jauh panggang dari api la dengan course diploma dulu...
kekononnya ,
bila lama tak membaca buku otak mudah berkarat + mudah lupa + tak aktif + berdaya saing
hurrrrggghhhhhh...!!! ambik mung EG..
sekali dapat memang jujur aku cakap , aku nanggis . sebab tak sangka sangat.
ingatkan course ni ringan tapi beratnya otak nak cerna.. =..="
dulu...
sambil buat assignment boleh lagi dengar lagu + tengok movie bagai
sekarang tak boleh dah..sebab ianya subjek membaca..!!! memang aku kena fokus kalau tak ntah kemana-mana nanti benda yang aku baca...
EG ,
bila dapat sesuatu amanat + tugasan , jangan merungut selalu
mengeluh kesah tu boleh tapi jangan diamalkan..
seolah kita tak bersyukur dengan apa yang kita dapat .
bila orang dah bagi amanat , terima dengan hati terbuka walaupun jiwa tak berapa nak merelakan .
kalau dari sini kita tak didik diri dengan sikap bertanggungjawab ,
alam kerjaya nanti pun kita ambil bena tak bena je..kualiti perkhidmatan tidak mencapai piawai syarikat , lama-lama kena bungkus la kalau tidak ubah sikap..!!!
degree ni ,
kena paksa diri jadi rajin . jangan mudah leka dengan benda di depan mata .
jangan ulangi sikap + perangai tidak semenggah di tahun akhir diploma .
dekat sini ,
tiada istilah nganga mulut , lecturer tolong suap
yang ada hanyalah juadah secara buffet .
kalau nak makan , capai sendiri . sebab semua benda dah disediakan
(library + download nota-nota di i-learn + tanya senior + bergaul dengan warga kampus)
antara nak dengan tak nak je..
tapi kalau tak nak ,
semester depan bersedialah dengan manuskrip berkajang-kajang untuk diSorong ke bilik HEP
EG ,
degree tak da masa nak main-main dah ( jangan malas)
kalau main-main , macam mana nak dapat result flying colours..?? (3.67)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
OTAK YANG CANTIK TU , SILA GUNAKAN DENGAN SEWARASNYA.
JANGAN JADIKAN IANYA HIASAN YANG TIDAK BERGUNA.
CANTIK DI PANDANG TAPI NILAINYA KOSONG.
JANGAN JADIKAN IA SEPERTI OTAK UDANG..
TAPI JADIKAN IA SEPERTI FERRARI YANG DIIGAUKAN OLEH SEMUA ORANG..!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------